Tuesday, November 13, 2012



Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini. 

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik. 

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.
 
"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya. 

"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.

Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?

Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?".

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kemudian menjawab "bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas," Nurul Izzah dipetik sebagai berkata.

4 comments:

Anonymous said...

Pencerahan terbaik dari amenoworld

http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/wanita-umno-tidak-terkejut-kontroversi.html

aku suka kenyataan ameno world iaitu :

"Aku faham fakta. Ada sebab kenapa perlembagaan cakap melayu tue islam, islam tue melayu. Itu adalah disebabkan mereka nak mencegah melayu2 dari suka2 murtad. Ketika itu melayu memang menganuti islam. Majoriti melayu adalah muslim. Ini umno buat sebab umno yang sign perjanjian ketika itu, adalah untuk menjaga akidah umat islam.

Tetapi sayang, cara jaga akidah tak boleh semata2 gunakan perlembagaan dan undang2 jek. Kena ada bekap plan. Hoi ko muslim. Oke dah cukup dah kata2 aku. Bila aku cakap ko muslim maka ko muslim. So ini ke di anggap mukmin?

Separa tepat.

Undang2 dan perlembagaan boleh membantu membanteras muslim2 dari sesuka ahti murtad. Ini jek peranan mereka. Tetapi bab memantapkan akidah ko tetap kena amalkan apa yang islam suruh."

hehehehehe ini yang aku nak cakap selama 55 tahun siapa yang sebenarnya memurtadkan melayu ha?!!

Pakcu Rantau Panjang said...

Sejak akhir-akhir ni dah banyak timbul berbagai kenyataan yang meragukan dari artist dan ahli politik mengenai gaya berfikir yang menyetuh perjalanan Islam. Tentang pengunaan istilah Melayu dan Islam pula dibabitkan hinggakan timbul dikalangan orang Melayu sendiri menganggap leceh ,remeh temeh malah tidak Islamik wal hal anugerah Allah ini diberi dengan percuma Melayu yang sekaligus bernaung dibawah Islam tapi sanggup perkataan Melayu dikuburkan kerana ketuanya berkata demikian. Sewajibnya kita bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keluarga Melayu yang secara terus menerima Islam dan ini tak perlu dipersoalkan. Tentang amalan yang melnekapinya ..itu perkara kedua yang memerlukan penjelasan lain

Inilah satu trend baru yang kian menular hingga apa yang diperkatakan oleh ketua maka puak yang menyokong tetap mempertahankan bermatian demi kerana undi dan asabiyah kepartian miski pun timbul kecelaruan.....pada masyarakat dan ummah sejagat....walahualam

Anonymous said...

Amenoworld tu bodoh bangang....sucker...

Tugas pemerintah dah lepas....siapkan perlembagaan, siapkan sekolah ugama, kolej ugama, universiti ugama, biasiswa pelajar ugama keluar negara, pusat zakat, bank islam dan macam2 lagi. Bandingkan dengan negara2 lain yang takde langsung semua kemudahan tu.

Apa tak malu ke, sampai akidah pun nak suruh kerajaan subsidi juga??? Peranan ibubapa kemana? Kalau dah besar panjang tak faham ugama, jangan nak salahkan pihak lain. Tengok dalam cermin apa kekurangan diri sendiri.

Anonymous said...

Kepimpinan melalui teladan. Kepala menyimpang, ekor pun ikut same ler.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.