Tuesday, November 6, 2012



Patut la Nik Aziz senyap je pasal isu Nurul Izzah yang merelakan umat Islam MURTAD...rupa-rupanya dia dah tukar profesion dari seorang Tok Guru dan ahli ulama menjadi Tuan Doktor....


Kebebasan beragama sebagaimana dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan suatu yang mutlak kerana tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam.

Katanya, Perkara 11 (4) Perlembagaan pula memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

“Sebagai sebuah negara bukan sekular dan Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, adalah menjadi tugas kerajaan dan pihak berkuasa berkenaan agama menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong atau dipengaruhi oleh agama lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa kebebasan beragama di negara ini sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.

Menurut Musa, umat Islam seharusnya menolak mana-mana pihak yang cuba mengubah atau meminda Perlembagaan untuk memberi hak kebebasan mutlak beragama kerana kesannya akan meruntuhkan institusi Islam dan institusi keluarga di negara ini.

“Sekiranya ditakdirkan pakatan pembangkang memerintah negara ini pun, perkara ini perlu dipertahankan sampai bila-bila kerana sejarah Malaysia berasal-usul dan berpaksi daripada kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadikan Islam sebagai agama turun-temurun.

“Setelah penjajah masuk ke negara ini pun, Islam sebagai teras agama ini terus dikekalkan sehingga kemerdekaan negara pada 1957," katanya,

Jelasnya, umat Islam sewajarnya berhati-hati dengan segelintir pihak yang cuba merosakkan akidah orang Melayu Islam.

Menurut beliau, mengadakan undang-undang untuk membenarkan Melayu Islam murtad juga adalah bertentangan dengan hukum hudud.

** Agaknya berani tak Nik Aziz komen pasal isu Nurul Izzah ni?? 

5 comments:

Anonymous said...

TGNA tengah mentelaah kitab2 sbb nak cover si Izah laknatullah tu, sbb tu dia diam dulu. Nnti dah jumpa baru dia beri kenyataan

Anonymous said...

hai member satu selimut mestilah sokong. after all mereka tu nama je islam, hati Allah je yg tahu.

Anonymous said...

tidak akan ada kitab sama ada yg lama atau yg baru yang akan menyokong orang islam murtad,masa ni masing-masing cari jalan selamat samada mendiamkan diri ataupun bermacam-macam alasan untuk menyelamatkan diri.kalau yg bercakap pun mengaku dia tak bercakap.sebabnya dia dah hilang ingatan sehingga tak tau apa yg dicakap.

Anonymous said...

Tp dlm pas pun byk syiah...mesti sokong punya

Anonymous said...

PAS DAH TAKDAK TELUQ...CKP JE PANDAI...PIRAHHHH

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.