PERKARA YANG TAK MAMPU PEMUDA PAS DAN AMK BUAT...



Pergerakan Pemuda Umno pada Selasa menyatakan kesediaannya memainkan peranan sebagai sayap bagi memastikan parti itu dipilih rakyat pada pilihan raya akan datang.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sebagai benteng paling hadapan dalam parti pihaknya sedia berdepan cabaran termasuklah menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap parti.
"Kita merupakan benteng hadapan dan hulubalang. Saya terima ia sebagai satu cabaran bahawa kitalah benteng yang paling ke hadapan sekali untuk mempertahankan parti daripada fitnah dan tohmahan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Serentak Tiga Sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini, malam Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan perasmian Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyampaikan mesej tentang peranan yang harus dimainkan sayap-sayap parti.
Khairy berkata timbalan presiden, melalui ucapannya yang memberikan hujah berdasarkan fakta turut memperlihatkan bahawa seruan perang menghadapi pilihan raya yang begitu jelas.
"Kita lihat seruan perang itu amat jelas sekali. Untuk kita setiap sayap memainkan peranan menyampaikan mesej bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) satu-satunya piliham yang layak memerintah negara.
"Majoriti ucapan timbalan presiden memberikan hujah berdasrkan fakta tentang kelemahan pembangkang PAS, DAP dan Keadilan," katanya.
Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata ucapan Muhyiddin tidak hanya disampaikan kepada anggota perwakilan sebaliknya turut disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Mesej ini memberi seruan bahawa BN dan Umno bersedia sekali lagi diberi amanah untuk menjadi kerajaan Persekutuan dan kerajaan di negeri-negeri," katanya.
Ditanya tentang usaha yang dilakukan Pemuda sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, beliau menjawab:
"Kami akan lipat gandakan usaha balik ke kawasan masing-masing untuk pastikan jentera kita mantap...penerangan kita jelas dan lebih ramai orang muda dan Pemuda kita dapat ditarik untuk bersama dengan kita," katanya.
PERKARA YANG TAK MAMPU PEMUDA PAS DAN AMK BUAT... PERKARA YANG TAK MAMPU PEMUDA PAS DAN AMK BUAT... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:46 AM Rating: 5

1 comment:

Popular

Powered by Blogger.