Friday, November 2, 2012

PANAS : BADRUL AMIN DITANGKAP POLIS...



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes di Rawang semalam.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron.

Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut.

Difahamkan, majlis yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam.

Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam, Selangor. Sehubungan itu, JAIS akan menjalankan siasatan lanjut dan memantau aktiviti pengikut bekas pemimpin Al-Arqam berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menahan mereka yang didapati terbabit dalam cubaan menghidupkan kembali gerakan itu. 

3 comments:

Anonymous said...

Ostad Badrul Amin nak bagi kaunseling kat bekas Ahli2 Al-Arqam... Khas untuk Wanita termasuk anak dara sahaja.. Lelaki boleh blah...

zoRRo...

Anonymous said...

dlm beg ostraad badrul amin da stand by tola basah kot

Anonymous said...

sian cai2 pkr upanya mereka baru mereka sedar mempunyai punaisihat ugama yang meyokong al arqam yg sesat patut la suka kaunsling bini orang kul 3 pagi

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.