Wednesday, November 7, 2012

HOT : TEGURAN TUN M PADA NURUL IZZAH..



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar Nurul Izzah Anwar meminta penganut agama Islam agar tidak “terpengaruh dengan pandangan Barat”.
“Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama,” kata bekas perdana menteri keempat itu dalam sebuah sidang akhbar sebentar tadi.
“Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil ... kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat.”
Dr Mahathir berkata, jika kebebasan seperti ini dibenarkan, maka ia boleh membawa kepada hujah-hujah perkauman, termasuk di kalangan mereka yang mempunyai agama sama.
“Jika kita bebas melakukan ini dan itu, akhirnya, kita akan mula membuat filem yang menghina agama lain dan kita akan bergaduh sama sendiri,” katanya.
“Jadi, jangan terlalu terpengaruh dengan pemikiran barat. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki, perempuan boleh berkahwin dengan perempuan… dan keluarga akan musnah.”
Dr Mahathir ditanya tentang kontroversi baru berkenaan dengan kenyataan ahli parlimen PKR Lembah Pantai itu yang baru-baru ini menyokong kebebasan agama bagi setiap rakyat Malaysia termasuk orang-orang Melayu dalam sebuah forum Sabtu lalu.
Kenyataan beliau itu dikritik hebat dikalangan penganut Islam Konservatif dan golongan garis keras Umno yang mendakwa Naib Presiden PKR itu menyokong “murtad”.
Akan tetapi Nurul Izzah menafikan dirinya menyokong “Murtad” dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap media milik Umno Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana memutarbelitkan kenyataannya.
Pemimpin PKR itu walaubagaimanapun mendapat sokongan daripada Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyatakan dalam Sinar Harian hari ini bahawa tidak ada paksaan didalam Islam.
“Selepas mendengar penjelasan daripada beliau, saya faham apa yang dimaksudkan. Tiada paksaan dari segi amalan dalam agama Islam.
“Jika benar ada paksaan, sudah pasti kerajaan negara ini akan mengambil tindakan terhadap individu Islam seperti contoh wanita Islam yang tidak bertudung,” katanya kepada akhbar tersebut.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu memberitahu akhbar tersebut, beliau pernah menulis artikel “Iman Tidak Boleh Dipaksa” dua tahun lalu dan isinya sama dengan apa yang Nurul Izzah katakan.
“Orang Melayu tidak boleh dipaksa dan beriman secara rela,” katanya. “Tetapi, dengan cara berdakwah, seseorang itu boleh kembali kepada iman.”
Di parlimen hari ini, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, tindakan undang-undang boleh diambil kepada Nurul Izzah kerana menghina Islam.
“Tiada peruntukan sebegitu, tetapi ia boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
“Mana-mana orang secara lisan atau bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” jelas Mashitah.

2 comments:

Anonymous said...

entah dah berapa ramai orang melayu islam yang murtad kat negara ni. kita pun tak tau.dia orang pun tak declare.sebab asal nama melayu,mesti islam.

Anonymous said...

mana jakim?????????????mana hakim???apa pemimpin umno buat??

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.