HOT : TAK PASAL-PASAL GUAN ENG NAK KENA AMBIL SPM BALIK..



Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyediakan 40 soalan berkaitan penjualan tanah rakyat miskin PPR Taman Manggis fasa 2 untuk dijawab serta diberikan penjelasan oleh kerajaan negeri.
Ketuanya, Syaik Hussain Mydine berkata pihaknya akan mengemukakan soalan berkenaan satu persatu agar segala keraguan yang timbul dapat diketahui oleh rakyat Pulau Pinang.
“Kita telah menyediakan 40 soalan berkenaan Penjualan tanah rakyat miskin PPR Taman Manggis fasa 2 dan akan mengemukakan persoalan  tersebut sedikit demi sedikit sehingga Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjawabnya.
“Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin mengingatkan Guan Eng agar jangan cuba mengalihkan isu pokok dan menimbulkan perkara remeh dalam isu penjualan tanah PPR milik rakyat miskin dalam pembangunan taman manggis fasa 2 seperti yang dimaklumkan oleh sdr Teng Chow Yeow tempoh hari.
“Masih terdapat pelbagai kemusykilan dalam isu Taman Manggis yang masih belum terjawab oleh pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Syaikh Hussain seterusnya menambah isu utama tender tersebut yang kononnya tender terbuka masih menjadi keraguan.
“Ini adalah kerana bagaimana mungkin tender untuk cadangan pembinaan dan pengurusan pusat perubatan pakar boleh ditawarkan kepada KLIDC pada peringkat tender tetapi KLIDC pula telah dapat mengemukakan pelan kebenaran merancang no rujukan MPPP/OSC/PM(1582)/11 dengan 1 blok bangunan 30 tingkat yang merangkumi 19 tingkat hotel di atas pusat perubatan pakar.
“Persoalan yang timbul di sebalik tawaran kepada KLIDC adalah bagaimana pembangunan hotel dapat dilaksanakan ditapak yang mana tender tersebut hanya untuk pusat perubatan pakar. Sudah pasti penender yang lain tidak dapat menyaingi harga yang ditawarkan oleh KLIDC kerana kebenaran untuk membina hotel tidak disebut dalam tender tersebut.
“Bagaimanakah tender pusat perubatan pakar bersama hospital dapat ditawarkan kepada KLIDC berdasarkan tender pusat pakar perubatan sahaja. Bukankah terdapat unsur penyalahgunaan kuasa timbul apabila KLIDC dibenarkan membina hotel diatas hospital,“ katanya.
Kata beliau lagi masih terdapat pelbagai keraguan lain dalam isu Taman Manggis, namun begitu Pemuda Pulau Pinang mahu Lim Guan Eng yang memegang amanah sebagai Exco Tanah dan bertanggungjawab sepenuhnya sebagai Ketua Menteri dapat memperjelaskan perkara ini dengan Cekap, Telus dan Akauntabiliti.
“Jika Guan Eng  tidak menjawab isu ini maka terbuktilah bahawa kerajaan negeri DAP Tidak Telus, Tidak Cekap dan Tidak Boleh Dipercayai yakni tiada Akauntabiliti”, ujarnya. -MediaUMNO
HOT : TAK PASAL-PASAL GUAN ENG NAK KENA AMBIL SPM BALIK.. HOT : TAK PASAL-PASAL GUAN ENG NAK KENA AMBIL SPM BALIK.. Reviewed by Empayar Pemuda on 12:35 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Hoi Mamak Pundek,,hang cuba nak tunjuk cerdik ,tapi sebenarnya bangang macam lembu,,,

    ReplyDelete
  2. Macam ni ke perangai penyokong pakatan,insaflah,berdebat dgn rasional mengikut fakta,jangan ikut taksub parti saja,not worth it bro,selamat bermuhasabah

    ReplyDelete
  3. anon 1.06, dah kena tipu hidup2 dgn mamak kutti.masih tak sedar lagi.

    ReplyDelete
  4. igat la orang Melayu yg sokong DAP hgpa bukan orang cina... bila negara dah dapat kat depa... nanti depa senang2.. ja~ tukaq keistimewaan kaum kita.. jadi sama taraf dengan kaum lain.. x pon bawah lagi... lepas tu terjadinya.. orang kaum melayu yang mempunyai pelbagai agama... huhu aq x nk...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.