Thursday, November 22, 2012



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
   
"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
   
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
   
Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
   
Dalam ucapannya pada muktamar Pas minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah 'parti syaitan.'
   
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
   
Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai 'parti syaitan' itu namun beliau enggan menamakannya.  - Bernama

6 comments:

Anonymous said...

hadi dah kenal orang itu syaitan. baguslah.jangan bagi syaitan tu jadi pm. pas nanti punah berkecai.

Anonymous said...

Pakatan Haram yg mengaku sepakat.. Rupa2nya Hj.Hadi dlm diam menyimpan hasrat nak jadi PM.. Keh keh keh.. Masalah kecil mcm nih pun dok berdolak dalih.. Apatah lagi nak memerintah Negara.. Mmg bt0i haram jadah la puak2 nih.. Agak2.. Karpal Singh pun teringin nak jadi PM kot!!!..

zoRRo...

Anonymous said...

Ya la.....PARTI SYAITAN UMNO....mmg jgn bagi ..SYAITAN UMNO JADI PM.....

Anonymous said...

Pakatan Haram nak kalah PRU13 nih.. Syaitan PKR dan Syaitan PAS dok bergaduh la.. Yg untung Syaitan DAP.. Paling bodoh.. Cacai2 kat bawah.. Kah kah kah.. Bodoh samapai ke Tua la.. Takdirrr!!!

zoRRo..

eXception said...

Salam kunjungan... Tuan empunya blog mohon linkkan blog tuan dengan blog saya: http://www.cywarputrajaya.com Terima kasih...

Anonymous said...

Terbaik dari ladang..

http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/inilah-wajah-cikgu-yang-dipecat-sebab.html

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.