HOT : SATU BENDA JE HADI KENA BUAT SEBELUM NAK JADI PM..


....dapat restu DAP dulu...Jika tidak, jangan mimpi nak jadi PM...

Gesaan wakil Dewan Ulama Pas Pusat yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggalas jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Putrajaya bukan "satu masalah", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," kata Ketua Umum PR itu secara ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel), di sini pagi tadi.
Pemilihan calon Perdana Menteri jika PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) antara persoalan yang dibangkitkan perwakilan Pas pada Muktamar Tahunan Pas ke-58.
Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain semalam mengulangi pendiriannya bahawa beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.
"Saya kira kalau rata-rata ahli Pas mahukan presiden (Abdul Hadi) sendiri jadi Perdana Menteri, tetapi tuan guru dia mempunyai sikap yang baik iaitu dalam masalah memimpin masyarakat itu yang terbaik adalah pelaksanaan amanah, siapa yang hendak menjadi yang paling tinggi, ia terserah kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online lewat semalam.
Tidak kurang pula sokongan dan gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahukan Anwar menggalas tugas penting itu kerana beliau adalah calon paling layak.
Gesaan Lim Kit Siang itu dibuat ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam kelmarin.
Pendapat sama sebelum itu disuarakan oleh anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini.
Sebaliknya, Hadi rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.
HOT : SATU BENDA JE HADI KENA BUAT SEBELUM NAK JADI PM.. HOT : SATU BENDA JE HADI KENA BUAT SEBELUM NAK JADI PM.. Reviewed by Empayar Pemuda on 1:56 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Who dare to fight DAP decision in PAS.

    ReplyDelete
  2. haji adi hanya berminat nak jadi abdi kepada nwar berahi dan khadam kepada kafir harbi dap ...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.