HOT : PARTI PALING HARAM JADAH INI MEMALUKAN ISLAM...



Kenapa PAS perlu mendoakan untuk menjahanamkan pihak lain?? Adakah PAS sudah mula rasa tergugat dan terancam dengan kekuatan UMNO sehinggakan terpaksa mencipta doa untuk menanam perasaan benci ahlinya terhadap UMNO...
Banyak lagi ayat-ayat yang baik yang boleh disusun didalam sebuah doa untuk memudahkan mereka ke Putrajaya..tetapi kenapa pemimpin atau kononnya ulama didalam PAS memilih ayat-ayat sedemikian rupa untuk berdoa...
Mereka beriya-iya mendoakan untuk menjahanamkan UMNO supaya laluan mereka ke Putrajaya terbentang luas..Yang peliknya bukan untuk memimpin di Putrajaya tetapi menjadi khadam yang berjaya untuk DAP dan PKR..
Cuba tengok DAP..mereka tidak pernah mencerca dan mendoa untuk menjahanamkan bangsa mereka sendiri sebaliknya mereka memuji dan membantu bangsa mereka sendiri tanpa memilih bulu..Jika mereka menyerang, mereka hanya menyerang individu tertentu sahaja..bukan ahli parti...
Tapi PAS..habis semua orang Islam yang tidak menyertai mereka dimurtadkan...Adakah ini ciri-ciri kepimpinanan yang cuba dibawa oleh PAS jika berjaya menawan Putrajaya...hancus...
**Mesti puak-puak DAP bertepuk tangan bila PAS sanggup berdoa untuk menjahanamkan sesama umat Islam sendiri..."INI PAS MANYAK HO LIOW.."

Intipati bacaan doa pada malam solat Hajat Pas baru-baru ini dilihat tidak wajar kerana ia  mengundang pelbagai implikasi buruk terhadap masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perkara seumpama itu sudah menyisihkan pandangan ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurutnya, sudah menjadi tuntutan ulama mendoakan perkara kebaikan walaupun kepada musuh.

“Seorang Imam bernama Ahmad bin Hanbal telah ditangkap dan didera kerana enggan menukar pendiriannya, lalu ditanya apakah doanya terhadap orang menzalimi diri beliau dan dia menjawab, ‘jika ada doa paling mustajab, aku doakan kebaikan terhadap diri mereka.
“Perkara itu menjadi pegangan ulama sehingga ke hari ini. Mendoakan kebaikan kepada pemimpin memberi kebaikan kepada rakyat, mendoakan keburukan kepada pemimpin memberi keburukan dan kesan negatif terhadap rakyat,” katanya.
Katanya, sewajarnya parti politik seperti Pas menuntut perkara kebaikan dan bukannya yang boleh memberi pelbagai implikasi.

“Bukan tidak boleh berdoa. Doa boleh dibaca seperti ‘Ya ALLAH, jauhkan kami daripada korupsi, kezaliman, liberalisme, rasuah dan semua perkara tidak baik.’

“Itu lebih baik daripada menyebut nama organisasi seperti Umno dan Barisan Nasional. Bukan semua ahli dalam Umno bermasalah, tetapi apabila doa disebut begitu, ia memberi gambaran negatif dan pelbagai andaian boleh berlaku,” katanya.

Beliau juga menambah, terdapat empat kesan yang boleh terjadi berikutan isi kandungan doa itu iaitu mengelirukan rakyat, perpecahan, fitnah dan permusuhan.

“Empat perkara itu begitu jelas. Saya mohon mereka beristighfar dan kembali kepada landasan Islam sebenar.

“Jangan kerana itu, akan berlaku pelbagai insiden tidak diingini khususnya kepada masyarakat Islam sesama sendiri,” katanya.

Sementara itu, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melahirkan rasa kecewa apabila mendapati doa disampaikan boleh menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat Islam.

Menurutnya, bacaan doa perlulah dengan bahasa syahdu, tidak terjerit-jerit dan meminta perkara baik-baik sahaja.

“Saya juga pernah mengetuai bacaan doa. Tidak pernah ada ayat atau permintaan seperti ‘hapuskan’ atau perkataan tidak baik.
“Doa juga ada tertibnya. Saya sangat bimbang kerana Pas ada dua kumpulan iaitu ahli biasa dan ahli taksub.

Dengan bacaan doa begitu, dikhuatiri ia menjadi contoh tidak baik terhadap mereka,” katanya.
Katanya, bacaan doa seumpama itu juga memungkinkan Pas boleh kehilangan undi Umno.

“Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) berjaya menarik ramai ahli Umno untuk mengundi Pas.
“Tidak mustahil undi mereka berpindah kepada DAP atau PKR jika Pas tidak belajar daripada kesilapan ini,” katanya.
HOT : PARTI PALING HARAM JADAH INI MEMALUKAN ISLAM... HOT : PARTI PALING HARAM JADAH INI MEMALUKAN ISLAM... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:41 PM Rating: 5

14 comments:

  1. bior le pas nak doa apa pon. yang juak juak umno sakit hati sangat pehal. dah terasa pasan doa pas ke?

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.... Dimanakah ulama' sebenar2nya ulama' yang merupakan pewaris Rasul Mu ya Allah.... Hamba-hamba Mu semakin berpecah, aku mohon kepadamu ya Allah agar Engkau persatukanlah kembali umat Nabi Muhammad dan akhidah mereka, tunjukkanlah mereka jalan yang benar dan lurus agar kami dapat bersama-sama memerangi kaum yahudi.. Ya Allah, Engkau perkuatlah dan tetapkanlah iman kami agar kami terus beriman kepada Mu ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin...

    Mohon aminkan doa ini...

    ReplyDelete
  3. ntah, bior le PAS nak doakan apa pun. Nak menjahanamkan org melayu ke, nak pemimpin melayu pecah perut ke, nak soh Allah turunkan bala ke bumi malaysia ke. nak soh allah matikan semua melayu yg tak sealiran dgn PAS ke..Tak pun nak mintak Allah kiamatkan terbalikkan cepat2 bumi malaysia ni ke. yg korang UMNO nak marah2 kenaperr ekk?

    ReplyDelete
  4. Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?

    KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

    Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

    Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

    "Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

    Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

    Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

    "Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

    "Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

    "(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

    Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

    Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

    Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

    "Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

    "Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

    ReplyDelete
  5. Buruk sungguh akhlak orang-orang PAS - tak Islamik langsung tapi berdegar-degar mengaku diri sebagai pejuang Islam.Semoga PAS (yang dah jadi pengkhianat agama, bangsa dan negara kerana tamakkan kuasa)tumbang pada PRU 13 nanti.Aamiin....

    ReplyDelete
  6. Biarla PAS terjun dgn labu2nya....

    Dia nak doa apa pon itu hak dia tapi utk org2 yg waras pemikiran , mrk akan dpt melihat perbezaan kepribadian antara kepimpinan PAS dan UMNO...

    Yg ngaku 'ulamak'kecoh mndoakn kehancuran sesama Islam yg xsehaluan dgn mrk tapi kjaan pimpinan BN(UMNO) yg mrk tudoh zalim n kafir xpernah sskali mndoakn keburokan utk sapa2 pon wlpon brlainan ideologi parti kecuali kaum yg semmgnya mnzalimi orng2 palestin ...

    xperlu kata apa2 lagi..akal yg waras akan tahu memilih intan dlm longgokan kaca yg brselerakn....

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa yang zalim dan siapa yang menipu. Semoga doa melaknatkan orang akan diterbalikkan semula kepada PAS dan gerombolan fuckatan.

    UMNO dan BN terus berbakti pada rakyat, insya Allah, Allah akan balas jasa baik dan khidmat cemerlang kamu dalam PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  8. tak lama lagi berterabur la pas

    ReplyDelete
  9. selepas pru 13 kalau masih tak boleh tawan putrajaya maka allah tidak makbulkan doa org pas,waktu tu jangan pula salahkan umno kerana doanya tidak makbul!

    ReplyDelete
  10. ape nk jdy ngn mlysia nie . aq kate ko , ko kate dy , dy kate aq . x abis la klau mcam nie . umat islam kt mlaysia sibuk nk gadoh2 , sedare kte kt pletin sana tggu mase nkkne penggal kpala ja . drpd mndoakan hncur bn , baek doa hncur zionis tuh . bodoh btol lhaaa . org bn bkan trase dgn doa pas , tpy org bn bengang sbb ulama2 tuh mndoakan khancuran umat agma sndri . ulama ke mcam tuh ?

    ReplyDelete
  11. heran ramai ngaku islam..tp apa yg di perentah kan oleh Allah x mo dilaksana..kuasa dh di beri ulama pun ramai dh 50 thn+ mmrentah..kalau dh kata ulama parti bulan berjuang menegakkan hukum kerna politik..tp parti yg berkuasa x juga2 lksana hukum2..hukum 1/2 setengah..ada ke Allah prentah laksana mcm tu..undang2 penjajah snggup di pertahankn..kalau ulama2 yg ada ni buta qur'an x tahu la..

    ReplyDelete
  12. anon 8.33..pakatan pun dah cakap xkan laksanakan hukum hudud walaupun mereka memerintah..hukum hudud jikalau ingin dilaksanakan mestilah secara menyeluruh dan bukannya hanya untuk umat islam sahaja.makanya jikalau malaysia ingin melaksanakan hukum hudud ianya mestilah meliputi kaum2 dan agama2 yang lain.kaum2 yang lain ini tidak bersetuju untuk hudud dilaksanakan.dan islam melarang paksaan.banyak lagi perbincangan dan sesi penerangan perlu dilakukan..pas pun x berani buat kat kelantan.draf hudud pun belum siap dan dibincangkan sesama jawatankuasa yg mereka tubuhkan

    ReplyDelete
  13. asal bukan umno sudah...dah tak boleh harap...lembu punya susu,sapi dapat nama...

    ReplyDelete
  14. maciamana mau yalan itu iselam punyia hokom, lu tau mana olang makan wang manyiak, bikin lemu pojek kasi hantam juta juta, itu beli sikopene kasi hantam juta juta, itu pojek PKFZ juta juta hantam,itu bikin titi bengkok sasaja ta[na yohot mau pi singapoorah pon hamtam wang juta juta itu titi mana jadi sumua mimpi saja tapi wang boleh habis ooo, woooa mimpi pon boleh bikin wang aaa baik punya gomen. Lu ingat ini maciam kalu itu iselam punya hokom ada jalan, sapa punyia tangan mola mola kasi potong - lu sendri jawablah

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.