Tuesday, November 6, 2012


Hahaha... Seperti biasa Anwar akan meletakkan kesalahan ini kepada Umno yang kononnya menggunakan pendekatan terdesak apabila menggunakan isu agama untuk meraih undi...


Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak sehingga sanggup memanipulasikan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan akidah dan kebebasan beragama, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, turut membidas sikap tidak bertanggungjawab Umno-BN yang menjadikan persoalan agama sebagai alat permainan politik demi memastikan Umno-BN terus kekal relevan di negara ini.
 
“Agama digunakan menjadi alat permainan parti politik bagi pihak Umno, dan ini tidak sihat, jadi ini menjadi sebab saya pandang serius.
 
“Ini soal agama, bukan soal mainan politik, keyakinan orang, jadi Umno terus gunakan cara ini, kenyataan saya juga dah banyak kali dimanipulasikan Umno sebagai serangan politik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
 
Anwar tidak menolak kemungkinan anaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas media  kerana membuat laporan berbentuk fitnah dan tidak benar berhubung kenyataan Nurul Izzah.
 
Anwar mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan menerima panggilan telefon daripada ibu pejabat Umno mengarahkan supaya Nurul Izzah dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan yang dikaitkan dengannya bertajuk “Melayu bebas pilih agama?” yang disiarkan Mingguan Malaysia.
 
Sementara itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang ditemui di lobi Parlimen, enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.
 
“Saya dinasihatkan barisan peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut.
 
“Bagaimanapun saya bersedia bila-bila masa dan bekerjasama untuk disoal siasat oleh pihak Jais jika dipanggil,” katanya.

8 comments:

Anonymous said...

BUTOK PAK DIA...PTUIHHH.
ANAK BERANAK LAKI BINI 2X5 5X2...PTUIHHH...
MCM HARAM JADAH

Anonymous said...

bangang...tu la bapak anak beranak bangang

Anonymous said...

patut Nurul jawab macam ni :- muka macam saya, suara macam saya, tudung macam saya tapi bukan saya yang cakap sebab saya tak buncit... ha ha ha

Anonymous said...

Belum masa nak buncit. Besok ckp. gambar itu tak buncit pula. Kategori makluk dua alam. Tibai tetap tibai.

Otai said...

meme betul pon,set2 umno suka putar alam crita.

Rakyat Kita said...

Jangan dok ngutuk,apo2 hal pun PRU 13...PR akan kuasai putrajaya.Hamba dulu ore umno,skarang ni sorry boss.......

Anonymous said...

aneh! pru 13 belum berlangsung sudah ada orang yg tau SIAPA akan menguasai PUTRAJAYA.kalau ikutkan PR sekarang pun dia telah menguasai PUTRAJAYA semenjak 16 sept 2008.

Unknown said...

anwar celaka lah yang akan menghancurkan negara nanti anak dia semua mulut celupar mcm nak mampuh

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.