HOT : NURUL IZZAH BENGANG BILA DIPANGGIL JAIS...



Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mungkin akan dipanggil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

“(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

“Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Semalam, media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.
HOT : NURUL IZZAH BENGANG BILA DIPANGGIL JAIS... HOT : NURUL IZZAH BENGANG BILA DIPANGGIL JAIS... Reviewed by Empayar Pemuda on 11:16 PM Rating: 5

3 comments:

  1. ADAKAH JAIS MEMPUNYAI PEGAWAI YG ILMUNYA LEBIH TINGGI DARI NURUL?SEBAB AHLI POLITIK NI BOLEH PUSING 360' ADAKAH JAIS MEMPUNYI JENTERA PENERANGAN SEPERTI NURUL.

    KALAU SETAKAT PANGGIL KEMUDIAN SENYAP JE MAKA BERTAMBAH MUDAH ISU NI DIPUTAR BELIT OLEH PENGIKUTNYA DENGAN BERKATA 'KATA-KATA NURUL ADALAH BENAR SEBAB JAIS PUN TAK KATA SALAH SEBAB TIADA TINDAKAN.

    ReplyDelete
  2. tp kuasa yg betul2 power rakyat yg berugama islam akan menghukum sinurul ni tp cai2 pr yg taksub lagi2 cai pas hangguk tetap anggok ngn nurul ni

    ReplyDelete
  3. Anuwar sokong LGBT, sokong LinaJoy, sokong ayat quran dipermainkan orang bukan islam,...

    Anak mesti dengan cakap papa...orang Melayu bebas memilih agama...

    KEADILAN dlm semua hal.. manusia bebas buat apa saja..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.