Monday, November 19, 2012

**EP nak tanya pada DAP...apa maksud memberi kesamarataan..dan kesamarataan itu hendak diberi pada siapa??


DAP hari ini mengulangi pendirian pihaknya bahawa calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat kelak adalah seperti yang telah disepakati oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih Anwar sebagai Perdana Menteri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.

Mengulas perkembangan semasa yang tercetus pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon.

"Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.

"Apa yang penting, keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sesiapa pun boleh mengeluarkan pendapat dan cadangan untuk memilih pemimpin daripada parti masing-masing untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun katanya, apa yang penting ia satu keputusan bersama pemimpin PR.

Dalam pada itu, Guan Eng menafikan DAP mempunyai kesepakatan dalam isu hudud yang dibawa Pas.

Sebaliknya katanya, DAP tetap akan bersama PR memenangi Putrajaya dan memperjuangkan isu membanteras rasuah, memberi kesamarataan serta wujudkan dasar yang adil.

"Memang perbezaan pendapat wujud antara DAP dan Pas tapi kita perjuangkan agenda yang ada dalam Buku Jingga.

"Kita hormat Pas seperti Pas hormat DAP. Kita berganding bahu dalam isu-isu bersama iaitu lawan rasuah dan mahu selamatkan Malaysia dimiliki rakyat bukan kroni," katanya.

5 comments:

Anonymous said...

lu apa hal bro. Kalu lu tak puas hati dengan equality to all malaysian, not only for malay, lu bleh berambus dari Malaysia bila PR dapat tawan Putrajaya in PRU13. fuck umno

Anonymous said...

kn bn ko bn ko bn go to hell with bn

Anonymous said...

Itu la org politik, apa yg dia ckp pun sendiri bercanggah. Kata nk beri samarata dan dlm masa yg sama nk memberi keadilan. Bukan ke kesamarataan dan keadilan tu sendiri dah bercanggah. Nk kata bodoh belajar sampai U. Labu2.

Anonymous said...

Sudah nampak bunga2 taik dlm Pakatan Haram.. Mcmana nak perintah Negara kalau hal nak pilih sapa jadi PM pun dok berebut mcm budak2.. PR nih dari Pemimpin sampai ke penyokong Bodoh piang nak mampus.. Masuk Maharaja Lawak Mega lagi bagus.. Hakhhh tuihhh..

zoRRo...

Anonymous said...

babi punya cina ni...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.