HOT : DATUK AZHAR BUKTIKAN ADUN DAN AHLI PARLIMEN DAP BODOH DAN TAK BUAT KERJA SEMASA SIDANG DUN...??



Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim menegur Exco Lim Hock Seng yang menjawab soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang hari ini, sedangkan ia sepatutnya ditimbulkan di Parlimen bagi mendapatkan jawapan tepat.

Azhar (BN-Penaga) bangun dengan memaklumkan bahawa soalan itu tidak relevan untuk ditimbulkan pada sidang Dun kerana ia bukan tempat yang sesuai dan pihak berkuasa terlibat juga tidak berada dalam dewan.

"Isu ini sesuai dibangkitkan di Parlimen dan bukan di sini. Jangan nak jual kacang di sini. Bangkit isu ini di sana (Parlimen) kerana semua pihak dapat bagi jawapan yang memuaskan.

"YB pergi Parlimen buat apa. Ini bermakna YB tidak buat kerja ketika berada dalam Parlimen. Amat memalukan kerana YB tidak buat apa-apa di sana," katanya.

Sebelum itu, Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bangkit membantah jawapan Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) yang didapati melencong darpada soalan yang dibangkitkan.

"Soalan yang dibangkitkan ialah sama ada Kerajaan Negeri bercadang membina jejantas di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu untuk mengurangkan kadar kemalangan.

"Kenapa bagi jawapan yang tidak memenuhi kehendak soalan," katanya.

Speaker Datuk Abdul Halim Hussain kemudian mencelah "memang ada lari sikit."

Hock Seng sebelum itu ketika menjawab soalann tambahan berkata bahawa syarikat terbabit memasang 38 kamera di seluruh Pulau Pinang untuk merakamkan kesalahan memandu melebihi kelajuan dan melanggar lampu isyarat.

Sungguhpun begitu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan AES dan mahu ia  ditangguhkan.

Abdul Halim kemudian meminta Hock Seng duduk walaupun mahu meneruskan jawapannya.
HOT : DATUK AZHAR BUKTIKAN ADUN DAN AHLI PARLIMEN DAP BODOH DAN TAK BUAT KERJA SEMASA SIDANG DUN...?? HOT : DATUK AZHAR BUKTIKAN ADUN DAN AHLI PARLIMEN DAP BODOH DAN TAK BUAT KERJA SEMASA SIDANG DUN...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 1:26 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.