HOT : DAPAT PENGHARGAAN GURU TERBAIK 2012 KERANA BERPAKAIAN SEKSI KE SEKOLAH..


Untuk memotivasi anak muridnya yang selalu mendapat markah buruk dalam peperiksaan, seorang guru wanita di China telah mendapat cara yang terbaik dan unik untuk menyelesaikan masalah markah buruk iaitu dengan berjanji dengan anak muridnya akan berdandan sebagai pelayan seksi jika mereka memperolehi markah yang baik dalam peperiksaaan.

Dalam perjanjian itu, guru tersebut akan mengenakan pakaian hitam-putih iaitu uniform seorang pelayan seksi jika anak muridnya mendapat markah yang tertinggi dalam peperiksaan sekolah. Dan terbukti caranya untuk mengatasi masalah markah buruk telah membuahkan hasil...

Untuk menunaikan janjinya guru tersebut telah datang ke sekolah dengan mengenakan kostum seorang pelayan seksi lengkap dengan sepasang aksesori telinga kucing yang melucukan...


Sementara itu, pihak sekolah berpendapat tindakan ini telah melanggar etikanya sebagai seorang guru kerana berpakaian tidak senonoh dihadapan murid. Namun ada juga pihak yang telah memuji cara guru ini memotivasikan anak muridnya kerana teknik yang digunakan ternyata berhasil membuatkan anak muridnya memperolehi markah yang baik dalam peperiksaan...meskipun dengan cara yang tidak wajar.

Bukan itu saja.. Salah sebuah media terkemuka dari China telah memberi ulasan bahawa inilah salah seoran contoh guru yang baik dan patut diberikan Penghargaan Guru Terbaik untuk tahun 2012...

** Mana ada seksi...siap tutup aurat lagi...
HOT : DAPAT PENGHARGAAN GURU TERBAIK 2012 KERANA BERPAKAIAN SEKSI KE SEKOLAH.. HOT : DAPAT PENGHARGAAN GURU TERBAIK 2012 KERANA BERPAKAIAN SEKSI KE SEKOLAH.. Reviewed by Empayar Pemuda on 11:56 PM Rating: 5

1 comment:

Popular

Powered by Blogger.