Thursday, November 1, 2012

HOT : BETUL LA..MEMANG MEMALUKAN...


Kegagalan pakatan pembangkang dalam menunaikan pelbagai janji di negeri-negeri tadbiran mereka sebagaimana yang pernah diluahkan dalam kempen sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu telah menjadi bukti bahawa ia hanyalah ibarat gula-gula politik.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang iaitu sekutu PKR, Pas dan DAP lantaran gagal memastikan janji-janji terbabit sebagai realiti sebaliknya masih terus-terusan memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Setiap janji yang dilafazkan mesti ditunaikan dan sekiranya kita tidak pasti bahawa apa yang diperkatakan dapat dilakukan maka jangan sesekali berjanji apatah lagi dalam hal-hal yang membabitkan pentadbiran, kebajikan dan kesejahteraan dalam masyarakat,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN berkata demikian lantaran pelbagai tingkah pakatan pembangkang yang lebih banyak bercakap, meluah janji dan gagal menunaikannnya lantas menempelak pentadbiran BN dan UMNO dengan mencipta pelbagai manipulasi serta persepsi.

“Sudahlah janji yang dibuat pada rakyat tidak ditunaikan jadi mereka mula mencari ruang untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada bertumpu kepada kegagalan mereka dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN walhal kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“Apabila diasak dengan pelbagai persoalan dan diingatkan berkaitan manifesto maka ada pula jawapan yang diberikan kononnya manifesto bukanlah janji sedangkan dalam realiti politik BN, apa yang diperkatakan dalam pilihan raya adalah janji yang mesti dilunaskan.”

Dalam hal ini, beliau mengingatkan para pemimpin masyarakat khususnya dalam pakatan pembangkang agar menerima hakikat dan kebenaran sebenar walaupun ianya adalah pahit untuk diperkatakan.

“Dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, telah terbukti bahawa hanya BN yang benar-benar berpegang kepada janji, mengotakan apa yang dikata dan melakukan pentadbiran negara dengan bersungguh-sungguh.

“Inilah kebenaran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana individu pun kerana hasil daripada perancangan dan pentadbiran BN maka Malaysia dapat mencapai kejayaan sebagaimana hari ini walaupun 55 tahun lalu ia hanya sebuah negara yang jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek.”

Katanya lagi, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, BN sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dengan melakukan perubahan dan transformasi selaras peredaran zaman.

“Inilah masalah pembangkang yang hanya tahu memanipulasi dan melakukan propaganda atas apa yang dilaksanakan oleh BN sedangkan komitmen dan kesungguhan BN sebagai kerajaan yang menepati janji dan melaksanakan amanah tidak pernah membezakan idealogi dan perbezaan politik dalam masyarakat.

Tegasnya, apa yang sebenarnya pembangkang tidak puas hati adalah kerana adanya sifat iri hati, angkuh dan cemburu dengan pencapaian BN apatah lagi mereka sendiri sebagai kerajaan di empat buah negeri gagal melaksanakan pentadbiran apatah lagi menyaingi kejayaan BN.

“BN bukan baru sepenggal dalam pentadbiran dan rakus mengejar kedudukan sebaliknya perancangan dibuat oleh dengan struktur jelas untuk kecemerlangan negara dengan keselesaan rakyat di dalamnya, iaitu mencakupi semua golongan, dari muda hingga ke tua, dari kanak-kanak kepada dewasa, lelaki dan wanita, semua lapisan masyarakat termasuklah golongan pembangkang sendiri dapat rasa aliran kemajuan dan kesejahteraan tersebut.”

“Bayangkanlah jika semasa kerajaan mengumumkan untuk pembangunan Putrajaya, KLCC, MSC dan pelbagai lagi projek mega maka macam-macam manipulasi dan putar belit pembangkang untuk menggagalkannya tetapi apabila ia menjadi realiti dan menjadi antara mercu kejayaan negara hari ini maka pembangkang beria-ia pula mahu menakluknya. Sungguh memalukan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.

Tambah beliau lagi, inilah bukti pembangkang yang hanya tahu mencari keburukan orang lain, menuding jari dan menyalahkan kerajaan sedangkan diri sendiri yang ‘bergelumang tahi’ langsung tidak dibersihkan lantaran ego dan taksub dengan kuasa, politik dan kebendaan. - MediaUMNO

1 comments:

Anonymous said...

,Ishk,Ishk,Ishk,,,boringnya berita bodo macam pelax ni.Tak dak cerita ka?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.