Friday, November 9, 2012



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan soal akidah Islam mesti dipertahankan tanpa kompromi walaupun negara berkongsi nilai sejagat dengan pelbagai bangsa dan masyarakat.
   
Serentak dengan itu, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman liberalisme dan pluralisme yang dihadapi umat Islam di negara ini.
   
Menurutnya, fahaman yang sedang menular itu mengancam keharmonian dan kestabilan kehidupan beragama dan bermasyarakat, berikutan silap tafsir mengenai konsep kemajmukan.
   
Ada pihak tertentu yang ternyata silap mengenai konsep kemajmukan, dan ini menjurus kepada mereka melihat semua agama mempunyai nilai yang sama, katanya pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, hari  ini.
   
Najib berkata: "Sungguh malang kerana ada golongan yang mengamalkan fahaman ini, disokong pula oleh pihak berkepentingan yang bersekongkol dengan golongan yang berfahaman demikian."

Dalam pada itu, Najib berkata mutakhir ini, banyak tuduhan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dibuat pihak tertentu mengenai agama Islam yang tidak berdasarkan ilmu, sebaliknya bagi memenuhi agenda atau kepentingan tertentu.
   
"Apa yang lebih malang, pengikut mereka pula mudah mempercayai dan mengulangi apa yang didengar tanpa memahami konsep sebenar serta tidak mampu membuat penilaian objektif.
   
"Disebabkan kurang pengetahuan, salah tafsir tentang konsep atau istilah, atau sengaja diselewengkan, maka ini boleh membawa kepada ketegangan antara kaum dan penganut agama berlainan," katanya.
   
Justeru itu, Najib mahu semua pemimpin masyarakat bersikap bijaksana dan berhikmah dalam membicarakan sesuatu isu yang boleh menyentuh perasaan kaum atau penganut agama lain.
   
Perkara itu elok dibawa berbincang menggunakan saluran yang betul dan forum yang terkawal tanpa melibatkan perasaan marah dan prasangka, katanya.

"Sesungguhnya isu agama merupakan isu yang sensitif. Begitu juga isu berkenaan soal bahasa, pendidikan dan tempat beribadat.
   
"Janganlah terbawa-bawa dengan sikap liberal dan demokrasi melampau, yang tidak mengambil kira perasaan atau sensitiviti dan ketegangan kaum ketika membicarakan sesuatu isu secara terbuka dan bebas," katanya.
   
Najib berkata dalam situasi masa kini, "kita perlu kuatkan bidang ekonomi, pendidikan dan sosial dengan mengenepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman." - Bernama

22 comments:

Anonymous said...

Hai! Tak kan Najib jadi bangang kut tak dengar betoi2 apa yang Nurul Izzah tu katakan?Takkan PM asyik nak hentam keromo saja ka??

Anonymous said...

aku ingat anoymous 8:23 ni kapior lah..same je ngn sikapior laknat tu gak

Anonymous said...

Anom 8:23PM
Nko nih bodoh bahasa english ke?? Xpaham ckp xpaham.. Jgn buat pandai.. Lain kali jgn igt nk menjubo je.. Tu pasai benak cam babi..

ZoRRo..

Anonymous said...

this is happening now throughout the world nations and sadly here stupidity and ignorance being used by others to attack Islam....pluralism and liberalism is tearing peaceful nations apart and divided...so help us God...

Anonymous said...

Anom8.23

Dia ni la paria yg dok sokong pembangkang yg sesat.

Dah la tu bodoh bahasa inggeris pulak tu.

Jimmy

Anonymous said...

Naib Pemuda PAS dan Pesuruhjaya PAS Johor dah buat kenyataan..sape yg bodoh sekarang? Jgnlah sebab fahaman politik agama diperjudikan.

Anonymous said...

Bukan smua arab beragama islam. Takda dlm quran sebut pasai melayu pun. Melayu perasan islam tu hak melayu. Kalau takat islam tahap rosmah & najib baik tukar je agama.

Dah tolak quran masih ngaku islam. Umno yg perasan. Najib bercakap pasai islam? Najis mughalazzah pun tak tau oiiiiii. Awat org umno ni bodoh tahap keldai ni?

Anonymous said...

Ni lah salah satu contoh orang munafik dok kutuk orang mcm dia bagus...memang sah ahli neraka jahanam ni. Yg sah bodoh org mcm kamu ler sampai tak kenal agama tapi berlagak mcm pandai.

Abu Hudzaifah said...

salam... kepada anonymous 7:26pm... dalam al-quran takder sebut melayu... tapi dalam perlembagaan malaysia dah tertulis... orang melayu beragama islam... ni citer pasal islam tahap rosmah & najib ni aper kebendernyer? ko ni orang melayu ke orang islam ke orang kapir? sapa yang tolak islam? UMNO? sapa yg bina UIA? masjid? sekolah agama? kerajaan yg buat semua tu... parti apa teras kerajaan? parti apa??? nak luahkan pandangan tu gunalah akal jgn guna perasaan... ko ni orang PR rasanya... aku nak tanya sket... parti apa teras Pakatan Rakyat? PKR ke PAS ke DAP ke? salaaaaamm....

Anonymous said...

Terbaik dari amenoworld. wkakakakaka

http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/nurul-izzah-lebih-hina-dari-pelacur.html

Anonymous said...

Woww..

Ini satu tuduhan dan kenyataan yang sangat berat. Cuba fikir gunakan akal sebentar. Jauhkan dari sentimen politik. Hanya bandingkan dua statement kat bawah neh sat ;

1. Melayu juga terpakai dengan freedom of religion ini kerana dalam Alquran tiada apa2 yang spesific mengenai kaum..

2. Nurul izzah lebih hina dari pelacur..

Mana satu yang buruk dan teruk? Ko nak cakap orang buruk dan teruk dengan mengeluarkan kata2 yang teruk?

Fahami la.

Nurul izzah sebut melayu. Bukan muslim.. melayu itu kaum, islam itu agama.. bagaimana pula nurul izzah layak dituduh bukan2 hanya semata2 dia bercakap perkara yang betul?

Sebelum itu nurul izzah dah cakap dah pun.. bahawa muslim tertakluk kepada syariat islam. Dengar dan tonton video itu sendiri. Aku takmo paksa korang sependapat dengan aku. Tapi cukup tonton dan nilaikan sendiri. Masing2 ada akal. Susah sangat ka nak kaji sebelum buat kesimpulan?

Apa pun terima kasih je la sebab cakap nurul izzah pelacur. Ini bukti korang takde hujah. Sepatutnya kalau la nurul izzah cakap perkara yang salah, highlightkan dan buktikan kenyataan dia tue salah. Bukan serang dia bukan2. Buat super impose la. Cakap dia sokong murtad la. Tuduh dia pelacur la. Itu seme jelas lari topic.

Orang kalau ada hujah mereka pasti akan buktikan kata2 nurul izzah tue salah dengan bagi hujah. Orang yang takde bukti je suka buat tindakan merepek dan kata2 yang menghina orang. Sabar nurul izzah. Dorang tue setakat bertekak atas pentas pongpang2 je la. Isi memang hancur.

Yang menyokong pun kalau bukan pasal duit, pasal bodoh. PR tak perlukan orang bodoh untuk duduk sekali. Bukan luak pun. Kuantiti tak penting tapi kualiti. Namun baik kualiti mahupun kuantiti, at least pr menang kat netizen. Lue fikirlah sendiri.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/nurul-izzah-lebih-hina-dari-pelacur.html#ixzz2Bpj1bz8P

Anonymous said...

citer banyak tak guna la cepat2 sapa yg mempertahankan murtad pilih je mana neraka yg ko orang nak masuk akidah umat islam pun nak gadai

Anonymous said...

Terbaik sekali lagi dari amenoworld. aaaaa sapa pertahankan murtad???

http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/umat-islam-boleh-keluar-islam-abdullah.html

Anonymous said...

Terbaik dari abdullah badawi heeeeee apa cerita UMNGOK-UMNGOKS the pencacai!!!

http://www.channelnewsasia.com/stories/southeastasia/view/287174/1/.html

cbpartner said...

Ni lah salah satu contoh orang munafik dok kutuk orang mcm dia Master Biologi | Bisnis Online

Anonymous said...

kalo dah melayu tu..islam laaa...abes tu x kan la mak bapak melayu pastu dapat anak agame lain kot...terang tang tang kot...kpd 11:17 tu lain kali pakai betol2 otak tu...jgn pakai 1/3 jer...sekian

Anonymous said...

laen la kalo murtad kawen ngan murtad....sory sambung kat bawah!

amat yahya said...

To Anonymous NOVEMBER 13, 2012 10:13 AM

What do mean by ur statement 'kalo dah melayu tu..islam laaa...abes tu x kan la mak bapak melayu pastu dapat anak agame lain kot' but if their lifestyle arent islam...are they still proud of claiming their r islam.

Anonymous said...

Ade pemimpim yg tau pasal najis pun bergelumang ngan najis. Itu pun diangkat jd pemimpin lg. Siang malam balun cinadol. Awat org pas ni bodoh tahap keldai ni?

Anonymous said...

Oo.. Maksud nurul izah x kire melayu ke cine ke india ke sume bbs beragame & bbs murtad..

Anonymous said...

Nurul izah x salah ckp cmtu, tp klu rosmah yg ckp br salah walaupun maksud die same je..

Anonymous said...

ala..bodohlah orang umno ni...melayu dgn islam pun tak tau bezakan...dah berapa ramai orang islam melayu yg murtad...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.