Monday, November 5, 2012


Kesian Hadi Awang...dah selesa bertanding di Marang..tiba-tiba dikejutkan pula kena bertanding di Pekan...Nampak sangat puak-puak Anwarinas cuba untuk membunuh kerier politik Hadi Awang...

Namun mengulas lanjut, Mahfuz yang merupakan Naib Presiden Pas berkata, beliau yakin apa yang diperkatakan oleh Abdul Hadi sebelum ini hanya untuk menunjukkan ketaatan pemimpin itu kepada parti.
"Dia (jadikan dirinya) contoh. Kalau parti putuskan tanding di Pekan, (untuk menunjukkan ketaatan), dia akur," katanya lagi.
Kalau mengikut kenyataan yang dibuat oleh Mahfuz Bean..Adakah Hadi tidak taat pada parti jika dia enggan bertanding di Pekan?..Pelik...pelik...Setahu EP, kalau Hadi Awang ingin bertanding di Pekan, rasanya dia tidak perlu tunggu arahan parti sebab dia kan Presiden parti...

Bagi EP...ini bukan isu taat lagi...tapi ini isu hendak membunuh kerier politik Hadi...Nak tahu sebab apa..??


Walaupun Hadi presiden parti tapi sebenarnya Nik Aziz berkuasa dalam PAS..Anwar sedar nyawa Nik Aziz dah tak panjang..Bila Nik Aziz KO..Hadi akan kembali berkuasa..Hadi ni susah nak dengar cakap Anwar dan DAP..dan yang paling penting Hadi ni antara orang yang sokong Kerajaan Perpaduan...

Kalau keadaan itu berlaku..Mati la pengaruh Anwar dan kumpulan Anwarinas dalam PAS..Jadi untuk elak perkara ini berlaku..keluar la cerita Hadi akan bertanding di Pekan...

Dan balaci-balaci upahan Anwar mula buat kerja untuk meyakinkan Hadi...kononnya Hadi boleh menang jika bertanding di Pekan...


Setelah hasrat Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di parlimen Pekan menentang presiden Umno yang juga perdana menteri, Najib Altantuya, direstui Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sokongan terus melonjak!
Buktinya, setakat jam 1130 pagi tadi, sebanyak 71 peratus atau 592 pembaca yang mengundi dalam kajian yang dilakukan oleh akhbar Sinar Harian bersetuju ahli parlimen Marang itu bertanding menentang Najib Altantuya.Manakala cuma lapan peratus atau 67 pembaca akhbar dalam talian berbahasa Melayu itu merasakan tidak wajar bagi Abdul Hadi berbuat demikian.
Selebihnya, 21 peratus atau 173 pembaca merasakan cadangan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.Seramai 832 pembaca mengundi dalam kajian tersebut.Ini sekaligus membayangkan pandangan rakyat terhadap cadangan yang disifatkan sebagai 'pertemuan antara buku dengan ruas' itu sangat diterima majoriti pembaca yang mahukan Hadi mewakili Pakatan Rakyat menentang presiden Umno yang tidak mempunyai mandat perdana menterinya sendiri sehingga ke hari ini.


EP agak pelik kerana sebelum ini Anwar pernah mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan..Anwar kata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada PRU lalu kerana pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu tapi pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. KLIK SINI

Jika Anwar dan Nik Aziz sedar akan perkara ini, mengapa mereka sanggup mengadaikan nasib Presiden Parti PAS untuk bertanding di Pekan....

Persoalannya..

Adakah Anwar dan PAS ingin membunuh kerier politik Hadi Awang kerana tahu di Parlimen Pekan banyak pengundi hantu atau kenyataan Anwar mengenai penambahan pengundi di Parlimen Pekan itu merupakan pembohongan semata-mata??

**Kenapa PR tak cadangkan Anwar saja yang bertanding di Pekan...kan lagi best...baru buku bertemu ruas...

1 comments:

Anonymous said...

SEBENARNYA ANWAR NAK BAGI TAHU BAHAWA PEKAN SEKARANG KAWASAN SELAMAT BAGI PR,CUMA CARA MENYAMPAIKAN SAJA YG PENUH SOPAN SANTUN,MADAH BERHELAH AGAR BN TIDAK SEDAR DAN TERUS LENA,

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.