Friday, November 30, 2012



Pakatan pembangkang yang acapkali melemparkan tuduhan negatif, tohmahan dan dan pelbagai helah gagal menenggelamkan realiti sebenar lantaran sejarah tidak pernah menipu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Ir Jamaluddin Jarjis menegaskan bahawa hakikat yang sebenar UMNO telah berkhidmat kepada rakyat sejak sebelum merdeka lagi dan sehingga kini ia menjadi payung bukan saja kepada orang Melayu tetapi kepada bangsa-bangsa lain juga.

“Orang Melayu ketika itu boleh merdeka sendiri tetapi UMNO mengajak orang Cina melalui MCA dan orang India melalui MIC untuk sama-sama merdeka dan memberi kerakyatan kepada mereka,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, pelbagai kejayaan yang telah dicapai dan kelancaran Perhimpunan Agung UMNO yang turut menjadi tumpuan kepada masyarakat keseluruhannya adalah bukti terbaru.

“Ucapan Perdana Menteri tadi bukan saja memberikan satu semangat bahawa UMNO itu perlu berusaha tetapi ia memberikan kita merasa bangga dengan kebangkitan suatu pemimpin yang boleh membawa negara dalam era baru ini.

“Bangsa dan negara menghadapi cabaran bukan saja dari luar tetapi juga dari dalam dan sekarang kita ada seorang pemimpin yang bangkit untuk menyemarakkan satu semangat perjuangan bagi menuju ke medan perang iaitu pilihan raya.”

Ujarnya, kepimpinan tertinggi parti hari ini melalui ucapan dasar Presiden telah memadamkan kebimbangan bangsa Melayu yang secara tidak langsung memberi jaminan bagi terus membela bangsa ini.

“Rakyat Malaysia yang lain juga rasa lega kerana kerajaan bukan hanya membela bangsa Melayu bahkan adil kepada seluruh masyarakat,” katanya.

Dalam ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib telah menekankan bahawa UMNO akan terus memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di negara ini dengan kaedah yang digunapakai oleh UMNO bagi mencapai matlamat ini berubah mengikut era yang ditempuhi. – MediaUMNO

6 comments:

Anonymous said...

WAKAKAKAKAKA SATU LAGI TERBAIK DARI VETEREN UMNO. LAWAK DAN GELIHATI SEHINGGA JATUH GIGI!!

http://sakmongkol.blogspot.com/2012/11/pau-2012-hanya-seperti-pesta-glee.html

Anonymous said...

Jauh berjalan bang..blog lain bosan dah ker?muahahaha

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Anonymous said...

Freemalaysiakini2.com tu adik beradik meloyakini ke, wat aku rasa nak tmuntah

Pakcu Rantau Panjang said...

Sesorang yang melupai sejarah adalah sesorang yang pelupa diri dan sengaja tidak mahu menerima kenyataan.

Biarpun pandangan kita berbeza dalam politik tapi sejarah tidak pernah menipu kita. Janganlah kerana mabuk dengan politik pembangkang maka sejarah dilupakan , kenyataan dikuis ketepi, hasutan dijadikan api, kebaikan disadur keji.

Pandangan dan kritikan boleh kita terima ..tapi kata nista dan perlekeh orang adalah sifat diri yang tertanam rasa dengki dilubok hati yang perlu dikikis suci....semoga Pakcu dan anda diberi taufik untuk saling bermahasabah diri...walahualam

KAMUNTING CENTRAL said...

Salam bro... Terbaik blog mike bro... Mohon Dapat dilinkkan blog teman ke blog mike bro.. http://kamuntingcentral.blogspot.com/ TQ bro

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.