Wednesday, November 7, 2012


Pas hari ini dicabar menyatakan pendirian mereka berhubung kontroversi yang menimpa anak Ketua Pembangkang yang merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar selain prinsip perjuangan Islam yang mereka pertahankan selama ini.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata Dewan Ulama Pas serta mereka yang sebelum ini diwar-warkan sebagai tokoh agama di dalam Pas perlu menyatakan pandangan dan pendirian rasmi mereka.

“Jika benar apa yang dilaporkan mengenai Nurul Izzah itu, ianya adalah satu kenyataan yang merbahaya dan ianya melibatkan soal akidah. Sesungguhnya tidak ada agama lain yang tinggi melainkan Islam.

“Dimanakah suara ulama dalam Pas….. Mereka sepatutnya ke depan dalam soal ini. Ini bukan soal parti. Ini bukan soal parti PKR, Pas atau UMNO sekali pun. Ini adalah soal agama, akidah dan tuhan. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Kita sama sekali tidak boleh menyamakan Islam sama dengan agama-agama yang lain.

“Katakanlah benar walaupun pahit… Ini mungkin satu pengajaran yang amat berguna kepada Nurul Izzah dan bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur dan terlajak kata inilah padahnya,” katanya.

Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya berkata Nurul Izzah boleh berkata apa sahaja namun langkah yang terbaik untuk beliau adalah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Jika dia tidak katakan sepertimana yang dilaporkan, seharusnya beliau mengambil tindakan. Ini bukan soal main-main. Perkara ini cukup serius dan sepertimana yang saya katakan tadi ianya melibatkan soal akidah.

“Malah lebih memburukkan akan timbul pelbagai tanggapan negatif seperti kaitannya dengan IFC selain seolah-olah mahu menyamaratakan agama Islam dengan agama lain.

“Jadi jika beliau tidak berkata demikian, langkah sebetulnya adalah mengambil tindakan dan bukannya sekadar penafian demi penafian,“ katanya. – MediaUMNO

1 comments:

Anonymous said...

inilah masalah law perempuan banyak cakap

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.