Monday, November 19, 2012



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad melabelkan Umno sebagai parti murtad kerana mendakwa parti itu menolak Islam daripada dasar perjuangannya.
Menurutnya bukan sahaja Umno, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.
"Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.
"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah...macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?
"Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai? bila umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?" katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.
Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Abdul Aziz berkata: "Tak kira siapa pun...tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad...murtad lah.
"Usahkan Umno, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna... (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna...dia murad."
Ditanya pada pandangannya adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata: "Tak lekeh apa dia buang Islam."
Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah menimbulkan kontroversi apabila menuduh Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

6 comments:

Anonymous said...

POOK NEEEEEKKKKKKKKKKK...............jangan le kato mace u,xkan orang UMNO jo murtad,cuba cek ahhli pas samo...........kalau x murtad pun mungkin munafik....

Anonymous said...

kambing tua ni hati busuk cam sebusuk longkang pok nik ni orang tua sewel cuma dendam dia pada umno je pergi mampos la ko kambing tua benci betul aku

Anonymous said...

Bewok Nik aziz. dia ajerlah Islam.

Lebai Malang said...

...Anuuuwar dan orang Melayu dalam PKR tu bagaimana ??? Adakah kerana mereka bersekongkol dgn PAS dalam Pakatan Ahzab, mereka terus masuk sorga ???

safleyadmad said...

padi x mcm lalang!
smoga ko mndapat rahmat dariNya. Smakin kuat ko nie merapu!

Anonymous said...

Pkr pimpin selangor dan buat gereja terbesar di asia.ape salah umno?salah ke buat masjid..salah ke bagi gaji ke imam bilal..hantar ke mekah..bagi bantuan bulanan untuk org tua..janda dan oku..klulah nik aziz betul sgt..kenapa rakyat kelantan ramai x pakai tudung(saya sering ke klantan ..rama melayu x bertudung berbanding rakyat trg)..ade yg buang bayi..dadah x payoh cakaplah...penyanyi dikir barat yang glamor dr klantan pakai coli ngan skirt atas lutut..patut ke panggil serambi mekah?atau bule tuko jadi serambi hadnyai

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.