GEMPAR : ADA ULAMA KATA NURUL IZAH NI BIADAP DAN MELAMPAU...



Pensyarah bahagian Dakwah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Uthman Al-Muhammady menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai satu kebiadapan yang melampau dan bertentangan dengan prinsip Islam.
 
Justeru itu kenyataan Izzah yang merujuk kepada ayat Al Baqarah 256 itu jelas bercanggah dengan tafsiran al-Quran mengikut konteks sebenar berdasarkan ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
"Itu penafsiran yang berlawan dengan semua tafsir ahli Sunnah Wal Jamaah. Tiada tafsir yang memberi hak kepada orang Islam Melayu untuk memilih agama lain.
 
"Bercanggah dengan ayat Quran lain. Agama kita agama anbiya (para nabi) bukan agama para pemikir. Di barat, agamanya, agama pemikir tapi kita tidak.
 
"Maka perkataan yang nak diberi hak kepada orang Melayu itu adalah kebiadapan intelektual dan rohani peringkat kemuncak," katanya yang ditemubual setelah menjadi panel program Maqasid yang bertajuk Budaya Koboi Dalam Kalangan Intelektual di Malaysia anjuran AntaraPos.
 
Mengulas lanjut mengenai perkara ini beliau berkata, sepatutnya Izzah perlu merujuk kepada orang yang lebih arif tentang agama Islam sebelum mengeluarkan kenyataan yang melibatkan akidah umat Islam.
 
"(Ia) bercanggah dengan Al-Quran sendiri, bercanggah dengan hadis, bercanggah dengan Ijma' ahli sunnah wal jamaah.
 
"Nak beri hak pada orang Melayu, itu penafsiran yang berlawanan dengan semua tafsir ahli sunnah wal-jamaah. Tiada tafsir yang memberi hak kepada orang Islam Melayu memilih agama lain.
 
"Perkataan itu prinsipnya (adalah daripada) penafsiran Quran, hendaklah dibuat berdasarkan wacana arus perdana umat kini. Berdasarkan ayat Quran, Al Nahl 43  yang meminta kamu bertanya pada yang mahir kalau tidak tahu," katanya.
 
Izzah pada Sabtu lalu ketika menjadi panel sebuah forum yang membincangkan topik, 'Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" menyatakan pandangannya tentang kebebasan memilih agama.
 
“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadirin yang datang.
 
Semalam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
 
Pengerusi Mais Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
 
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.
GEMPAR : ADA ULAMA KATA NURUL IZAH NI BIADAP DAN MELAMPAU... GEMPAR : ADA ULAMA KATA NURUL IZAH NI BIADAP DAN MELAMPAU... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:47 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Datuk, Pak Lah pun ada cakap melayu islam boleh kuar agama islam..tak melampau ke tu...

    ReplyDelete
  2. melayu=islam / islam=melayu..pegangan bodoh mane ko pakai ni..ko nak kalut ape pasal ni..(Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor) ni penasihat ke pengampu..baik ko nasihat die amalkan ajaran2 islam yg betul dulu yeeee

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.