ADAKAH ANWAR YANG MENAJA DAN MENGHANTAR BADRULAMIN MENDAMPINGI KUMPULAN AL-ARQAM??



Inilah bukti kerakusan Anwar ingin menjadi Perdana Menteri..menghalalkan segala sesat dan haram asalkan dapat undi..Jika kita lihat kes yang terbaru dimana pakar kaunseling dari PKR, Ostaz Badrulamin ditangkap kerana tetamu khas majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari...

Adakah Ostaz Badrulamin ini benar-benar datang ke majlis tersebut semata-mata mahu membawa keluarganya menikmati lagu nasyid yang disajikan kepada tetamu malam itu atau Ostaz Badrulamin terlibat secara langsung dengan kumpulan tersebut disebabkan agenda politik..

Sebab apa EP cakap agenda politik...Seperti yang kita tahu kumpulan ajaran sesat Al Arqam ni mempunyai ramai ahli di seluruh Malaysia..Walaupun kerajaan telah mengharamkan kumpulan ini dan secara mata kasarnya kita nampak kumpulan ini telah lenyap..tapi sebenarnya kumpulan ini masih wujud dan bergerak secara senyap dibawah radar...

Persoalannya siapa yang menaja kumpulan ini supaya mereka boleh bergerak secara senyap sehinggakan boleh membuka satu rangkaian perniagaan yang cukup lengkap supaya mereka boleh berselindung disebaliknya??

Siapa tahu..mungkin juga Anwar yang menaja kumpulan ini dengan menghantar Ostaz Badrulamin untuk mendampingi mereka..Sebab itu Ostaz Badrulamin merupakan tetamu khas majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari...

Bagi Anwar setiap undi amat penting untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.. Tak kira la undi tu datang dari orang murtad, gay, lesbian atau dari ahli kumpulan ajaran sesat..

Jika kumpulan atau individu itu ditentang atau diharamkan oleh kerajaan..mereka-mereka inilah akan dibela dan mendapat sokongan Anwar...


Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr. Badrolamin Baharon berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menawarkan sokongan dan sedia membela beliau jika Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenakan tuduhan ke atasnya berhubung kemunculannya pada satu majlis anjuran bekas pengikut al-Arqam di Rawang, Khamis lalu.
Menurutnya, Anwar ada memberi pesanan kepadanya melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sehari selepas ditahan pihak Jais.
“Anwar ada memberi SMS kepada saya selepas ditahan. Beliau sempat memberi pesanan kepada saya supaya sentiasa bertenang dan tidak terlalu risau atas siasatan yang dijalankan pihak Jais,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Badrolamin ditahan dalam serbuan Jais  ke atas satu acara dianjurkan bekas pengikut al-Arqam dan laporan akhbar ada mendakwa Badrolamin merupakan tetamu khas majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari.
Bagaimanapun, sehari selepas ditahan, beliau menafikan terlibat dalam acara tersebut dan hanya datang semata-mata mahu membawa keluarganya menikmati lagu nasyid yang disajikan kepada tetamu malam itu.
“Srtakat ini, tidak ada sebarang keputusan oleh pihak Jais dan saya masih menunggu keputusan. Jika terpaksa dibawa ke muka pengadilan Anwar sedia membantu saya, tidak apa yang perlu dirisaukan,” ujarnya.
ADAKAH ANWAR YANG MENAJA DAN MENGHANTAR BADRULAMIN MENDAMPINGI KUMPULAN AL-ARQAM?? ADAKAH ANWAR YANG MENAJA DAN MENGHANTAR BADRULAMIN MENDAMPINGI KUMPULAN AL-ARQAM?? Reviewed by Empayar Pemuda on 4:53 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.