Friday, October 26, 2012



Tidak lagi hirau atau hairan dengan komen yang dilontarkan terhadap dirinya terutama bila mengendalikan segmen Katanya... di dalam program Propaganza, pengacara sensasi, Azwan Ali mengakui dirinya seorang yang gedik. Malah, dia menerima segala kritikan itu dengan hati terbuka.

"Saya memang gedik, so what? Saya mengalu-alukan komen tentang saya. Saya sudah tidak kisah dengan komen itu. Yang penting, saya sudah lama tidak ambil pot tentang komen-komen sebegini.

"Apa yang saya lakukan dalam program Propaganza mendapat kelulusan dari pihak KRU dan Astro. Kalau mereka mengatakan segmen saya kurang info, saya tidak boleh buat apa-apa.

"Sebabnya... masa yang diberikan untuk saya menjayakan segmen Katanya... itu terlalu singkat dan ringkas. Apapun, komen tersebut sedikit pun tidak menjejaskan saya," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Dalam pada itu, Azwan sama sekali tidak mengendahkan tohmahan yang melabelkan dirinya sebagai 'pondan' dalam segmen tersebut.

"Kalau orang nak cop Azwan Ali sebagai pondan pun, saya dah tidak kisah. Kalau saya tidak berpakaian seperti itu pun, orang akan tetap panggil saya pondan. Malah, bila saya memakai ketayap pun, orang masih cakap saya pondan.

"Bagi saya, pakaian yang saya gunakan itu tidaklah mencerminkan seorang pondan. Ia bersesuai dengan tema watak yang saya pegang dalam segmen ini. Jikalau saya pakai bulu mata atau pun skirt pendek, mungkin barulah ia sesuai dengan perkataan pondan.

"Imej yang saya bawakan ini bukanlah imej pondan. Ia lebih kepada imej 'sesuatu'. Apapun, saya menganggap orang yang berikan komen ini adalah atas dasar dia dengki dengan saya," ujarnya.

Mengakhiri penjelasan, Azwan memberitahu segala yang diusahakannya mendapat pujian dari pihak pengurusan Astro, KRU Studio dan pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi.

** Pondan pun pondanlah...janji masyukkk...

3 comments:

Anonymous said...

Agak2 si Azwan nih Pondan tua simpanan Anwar Ibrahim la kot???

zoRRo...

Anonymous said...

Jangan salah masuk sudah.

Anonymous said...

Allah swt tak.mngku umat

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.