Friday, October 5, 2012


Cadangan pakatan pembangkang mengadakan satu himpunan besar-besaran pada 3 November ini adalah semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat berhubung Bajet 2013 yang dikatakan terbaik dan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan mereka bagaikan 'cacing kepanasan' dan terpaksa mencari suatu ikhtiar agar rakyat dapat melupakan kebaikan yang dibawa oleh kerajaan.

"Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu cukup menggembirakan rakyat, oleh sebab itu, pakatan pembangkang cuba mengalihkan pandangan dengan memainkan sekali lagi isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menutup kelemahan mereka," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa pakatan pembangkang akan mengadakan perhimpunan pada 3 November untuk menuntut pilihan raya bersih.

Keputusan tersebut dibuat kerana lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak diendahkan oleh kerajaan.

Menurut Mohd. Puad, pembangkang terpaksa menganjurkan Bersih 3.0 sebagai usaha terdesak terakhir bagi mereka memenangi pilihan raya umum.

Namun beliau percaya, pendekatan sedemikian yang mewujudkan suasana tidak tenteram tidak dapat menarik sokongan rakyat, malah mendedahkan segala kelemahan dan kepincangan mereka.

** Selagi Malaysia tak hancur..selagi tulah puak-puak pembankang tak puas hati...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.