PANAS : KENYATAAN HUSAM INI MEMALUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA...??



Kenyataan Husam Musa yang mendakwa bahawa Parti DAP adalah lebih baik dari UMNO disifatkan satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ahli politik yang beragama Islam, apatah lagi yang menjadikan parti politik Islam sebagai platform karier politiknya.

Menurut Pengerusi Penyelaras Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, di mana asasnya kenyataannya yang mengatakan bahawa DAP itu lebih baik dari UMNO, sedangkan parti tersebut secara jelas tidak memperlihatkan sikap yang lunak terhadap Islam, bahkan seringkali mengkritik dan memperlekehkan ajaran dan undang-undang Islam.

“Dari sudut apa Husam membandingkan antara DAP dan UMNO, sehingga mengatakan bahawa DAP lebih baik dari UMNO. Apa jasa DAP di dalam negara, selain terlibat dalam mencetuskan sejarah huru hara negara dalam peristiwa 13 Mei. Dari dasar dan prinsip politik pula, DAP dilihat sebagai sebuah parti yang mendukung kuat fahaman sekular dan menolak pengamalan Islam di dalam negara.

“Bahkan kenyataan terbuka kritikan dan penolakkan DAP terhadap perlaksanaan hudud dan negara Islam bukan saja telah mengguris hati ahli-ahli Pas, malah telah membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dalam negara ini.

“Bagi saya, kenyataan ini hanyalah satu kenyataan politik dari Husam yang bagi saya agak separuh masak. Husam tidak boleh menolak kebenaran, biarpun kini dia menjalinkan hubungan rapat dengan DAP di dalam Pakatan Pembangkang, tetapi dia tidak boleh menolak hakikat jasa-jasa UMNO dalam menegakkan syiar Islam, membela bangsa Melayu dan memakmurkan negara,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Seterusnya beliau menegaskan, Husam tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan DAP lebih baik dari UMNO, hanya bersandarkan peristiwa Lim Kit Siang menentang usul akta darurat 1978 di Kelantan itu sahaja.

“Sebab itu saya lihat, Husam hanya bercakap berdasarkan pandangan yang begitu sempit. Apakah dengan sebab tindakan Lim Kit Siang itu, DAP dilihat lebih baik dari UMNO? Bagaimana pula kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin mereka yang mengkritik perlaksanaan Islam di dalam negara?

“Bagaimana pula kenyataan-kenyataan pemimpin DAP yang menyentuh hak dan sensitiviti orang Melayu, terutama hak-hak istimewa orang Melayu yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Melayu, Cina dan India ketika negara mencapai kemerdekaan dulu? Apakah Husam, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, bersetuju dengan DAP dalam hal-hal kritikannya terhadap Islam dan usaha untuk menghapuskan institusi Melayu di negara ini?,” soal beliau.

Beliau turut meluahkan rasa kesal, apabila ada kepimpinan berbangsa Melayu di dalam Pakatan Pembangkang, yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan menolak perpaduan dengan UMNO semata-mata kerana nafsu politik untuk menguasai pentadbiran negara.

“Perjuangan DAP amat jelas dengan menolak sebarang perlaksanaan Islam di negara ini. Mereka juga cuba untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, serta cuba memutar belitkan sejarah seperti mana yang berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Malah, janji-janji DAP yang kononnya akan menjadi kerajaan yang prihatin terhadap rakyat miskin, hanyalah satu pembohongan semata-mata untuk meraih kuasa, kerana sehingga hari ini, tiada rakyat miskin yang terbela di bawah kepimpinan DAP di Pulau Pinang,” tegas beliau. -MediaUMNO
PANAS : KENYATAAN HUSAM INI MEMALUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA...?? PANAS : KENYATAAN HUSAM INI MEMALUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:49 PM Rating: 5

3 comments:

  1. suruh husam ni jilat bontot lim kit siang ngan lim guan eng je..

    ReplyDelete
  2. Ini adalah bukti Husam dan ahllul PAS bukan beragama Islam tapi beragama PAS yang menjadikan Putrajaya sbg kiblat mereka.

    ReplyDelete
  3. orang gila di kampung aku pun tak kata malaun lebih baik dari umno. nyata fikiran dia ni dah out lebih teruk lagi dari orang gila kampung aku tu.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.