Wednesday, October 10, 2012

PANAS : DAP MULA SERANG USTAZ NASHA...


DAP hari ini menafikan pernah menganjurkan majlis dan berdoa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, sebaliknya mereka hanya menganjurkan Majlis Kesyukuran selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak.
Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis yang dianjurkan pada 16 April 2011 itu juga turut dihadiri pemimpin DAP yang beragama Buddha.
"Majlis itu turut dihadiri pemimpin utama termasuk Setiausaha DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen, yang beragama Buddha.
"Tuduhan Nasharuddin itu adalah tidak benar dan kenyataan itu tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.
Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa semalam mendakwa, satu majlis kesyukuran anjuran DAP yang diadakan di Sarawak tahun lalu telah mendoakan agar "Malaysia menjadi negara Kristian".
"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.
"Dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah supaya Malaysia menjadi negara Kristian.
"Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.
Wong turut menegaskan, dalam majlis itu mereka juga turut menjemput pemimpin tempatan daripada PKR dan PAS.
Wong turut menegaskan, dalam majlis itu yang diadakan di Kuching, Sibu, Sarikei, Bintangor, Bintulu, dan Miri, mereka juga turut menjemput pemimpin tempatan daripada PKR dan PAS.
“Kami tidak tahu Nasha maksudkan majlis yang mana.
Justeru, pemimpin DAP itu turut menuntut Nasha untuk memohon maaf atas tuduhan yang berniat jahat tersebut, dan DAP juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

**Bukan kata kat Sarawak je..Kat Pulau Pinang pun dia orang buat..

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.