PANAS : CAKAP PANDAI..TAPI CONFIRM GUAN ENG TAKUT NAK SAHUT CABARAN NAJIB NI...??



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, orang Melayu sudah muak dengan DAP, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu.
"Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP...semuanya karut," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini hari ini.
Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib juga bersetuju dengan Presiden MCA bahawa pemimpin-pemimpin DAP kononnya mengutamakan pelbagai kaum tetapi pada hakikatnya tidak begitu.
"Bersikap demokratik... adakah mereka lebih demokratik daripada kami (BN). Jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (bekasl naib pengerusi DAP kebangsaan Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda," kata Najib sambil menegaskan, mesej BN ialah perubahan sebenar dan kemajuan pesat sedang berlaku di Malaysia.
"Reformasi hanya sekadar satu slogan," katanya.
Najib berkata orang boleh mempersoalkan dasar-dasar dan keadilan kerajaan tetapi tidak harus mempersoalkan asas negara ini yang telah dibina berasaskan
Perlembagaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah membuat banyak keputusan yang berisiko politik hanya untuk memastikan ianya adil kepada semua rakyat di negara ini.
Atas asas itu, beliau berkata kerajaan tahu mengenai empat keperluan asas yang menjadi teras perjuangan masyarakat Cina di negara ini dan oleh yang demikian kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan kumpulan itu, seboleh yang mungkin.
Keperluan itu termasuk mempunyai ekonomi yang stabil dan berdaya maju, negara yang adil dan saksama, tadbir urus baik dan pendidikan.
"Saya percaya orang Cina ada empat perkara yang dia hendak sangat...orang Cina hendak ekonomi, negara maju.
Ekonomi negara kita antara yang terbaik di dunia pada masa ini. Ada pelawat luar negara kagum dengan Malaysia. Dia kata banyak kren di Malaysia dan semuanya sedang buat kerja.
"Ekonomi kita berjalan baik dan dan bajet kita yang mesra rakyat dan bertanggungjawab daripada segi fiskal. (Sebaliknya) Bajet PR, populis dan tidak bertanggungjawab daripada segi fiskal...banyak beza," katanya. - Bernama
**Harap berlakon je hebat....tapi confirm DAP tak berani nak ambil risiko untuk kehilangan kerusi mereka??..PAS pun tergolek bertanding tempat Melayu..inikan pula puak-puak komunis yang anti Melayu dan Islam...
PANAS : CAKAP PANDAI..TAPI CONFIRM GUAN ENG TAKUT NAK SAHUT CABARAN NAJIB NI...?? PANAS : CAKAP PANDAI..TAPI CONFIRM GUAN ENG TAKUT NAK SAHUT CABARAN NAJIB NI...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 5:59 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.