PANAS : AKSI ARTIS BARU EMMA MAEMBONG YANG KURANG ENAK DILIHAT..??


Jika sudah mula menempa nama dalam industri hiburan, apa sahaja perlakuan kita sama ada yang lepas atau pun yang akan datang pasti menjadi perhatian ramai juga. Sekeping foto didakwa mirip pelakon baru, Emma Maembong mula berlegar di ruangan internet sejak beberapa hari lalu menyaksikan wanita ini telah dicium oleh seorang lelaki, dipercayai teman lelakinya.

Kemesraan wanita ini jelas terpancar melalui beberapa foto berpelukan bersama teman lelaki di sebuah pusat peranginan, sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi serta kontroversi kurang enak di kalangan pengikut industri hiburan tempatan.

Baru-baru ini, Emma Maembong yang mula dikenali melalui drama ‘Kau Yang Terindah’ turut diselar oleh pihak wartawan sebagai ‘minah propa’ kerana gagal hadir ke sesi fotografi pada masa yang dijadualkan. Bagaimanapun, dia telah mengeluarkan kenyataan balas berupa minta maaf serta rasa kesalnya atas insiden tersebut.

Kontroversi demi kontroversi. Adakah Emma mahu mencipta nama dengan menggunakan jalan ini? 





-Suarapeople
PANAS : AKSI ARTIS BARU EMMA MAEMBONG YANG KURANG ENAK DILIHAT..?? PANAS : AKSI ARTIS BARU EMMA MAEMBONG YANG KURANG ENAK DILIHAT..?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:59 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.