LAA..PAK LAH BOLEH SOKONG PLAK KENYATAAN AHLI PAS NI???


Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat terutama anggota PAS menilai sendiri kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mempertikaikan perjuangan parti itu sekarang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata berkata kenyataan Shahnon jelas menggambarkan rasa kecewanya terhadap parti itu yang semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.

"Saya tidak perlu komen apa-apa kerana semua orang melihat dan mendengar apa yang beliau (Shahnon) cakap, jadi mereka (orang ramai) terutama ahli parti itu (Pas) patut berfikir.

"Saya juga rapat dengan beliau (Shahnon) dan saya percaya apa yang dia cakap itu adalah reaksi dan luahan kepada parti itu (PAS) yang dilihat tidak memperjuangkan dasar politik mereka," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas Program 'Jom P Bantu' anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Beliau diminta mengulas kenyataan Shahnon tentang perjuangan politik PAS yang tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Menurut Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup, tindakan parti itu menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam. - BERNAMA

**EP rasa ramai ahli PAS yang dah sedar akan perkara ni..dan PAS sendiri pun dah sedar yang ahli mereka marah dengan ramai pemimpin PAS kerana menjadikan DAP tokong mereka...cuma mereka tengah tunggu masa yang sesuai untuk luahkan perasaan marah dan kecewa mereke..
LAA..PAK LAH BOLEH SOKONG PLAK KENYATAAN AHLI PAS NI??? LAA..PAK LAH BOLEH SOKONG PLAK KENYATAAN AHLI PAS NI??? Reviewed by Empayar Pemuda on 4:37 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.