Wednesday, October 17, 2012



EP tak faham betul dengan sesetengah orang Melayu di Malaysia...Kenapa mereka begitu berani untuk berkelakuan biadap menghina pemimpin negara dan juga Raja-Raja Melayu? 
Sejak kebelakangan ini, EP tengok makin ramai pula anak-anak muda yang menyokong idealogi DAP dan pakatan haram semakin berani untuk berkelakuan biadap. Adakah doktorin DAP selama ini menghasut untuk membenci pemimpin negara dan juga institusi Raja-Raja Melayu telah berjaya meresap masuk ke jiwa mereka??
Cuba tengok apa yang anak-anak muda ni tulis didalam akaun laman sosial mereka...


Tidakkan anak-anak muda terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam sedar yang Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menggariskan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong menduduki tangga teratas hierarki kuasa Pemerintahan Persekutuan Malaysia. 
Dan yang paling penting, untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong, calon mestilah Raja yang memerintah di salah sebuah daripada sembilan buah negeri persekutuan iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Perak dan Kelantan.

Oleh itu sebagai orang Melayu dan umat Islam kita sepatutnya menjaga dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu..bukannya terikut-ikut dengan rentak DAP yang mahu menghapuskan keistimewaan Raja-Raja Melayu supaya mereka dapat mewujudkan sebuah negara Republik..

Harus di ingat...Cita-cita DAP adalah untuk menghapuskan benteng utama kekuasaan orang Melayu di Malaysia dan cita-cita ini hanya akan terlaksana bila Orang Melayu sendiri merobohkan benteng itu. 

EP harap agar pihak berkuasa menyiasat keceluparan budak tersebut dan ambil tindakan yang sewajarnya kerana kita tidak mahu kebiaDAPan anak-anak muda seperti ini menjadi wabak dikalangan rakyat negara yang tercinta ini...





7 comments:

Anonymous said...

Selagi menteri itu menteri amaranselagi itulah binatang2 lahanat akan terus bermaharajalela.
Undang2 cukup dgn amaran.
Bagus buang saja undang2 dalam tong taik.

Anonymous said...

aku bagi amaran.. aaa.. aku bagi amaran.. jgn cabar aku.. aaaa.. aku bagi amaran.. ingat ini amaran.. jgn main2 ini adalah amaran..zzzzzzzzzzzzz.. eh.. ehh.. amaran dan lagi dan lagi dan lagi............. hampehh..

Anonymous said...

Tutup je khan tu

Anonymous said...

Kementerian yg asyik beri amaran je...brtindaklah.

Anonymous said...

amaran lagi.... asik2 amaran... menteri tak de teloq, wat malu orang johor jer... cuba kasi tahu sikit fb budak lahanat nie punya add.. senang sikit nak kacau daun lahanat nie...


shah, muar

Anonymous said...

betul ke Zul Yahya? Kalau tengok gaya komen, bukan style orang macam Zul. Ni 'pelanduk' nak penaya Zul kot ni...

Anonymous said...

Minta kerajaan ubah perlembangaan. Sesiapa yang menghina sultan dikenakan hukuman. kerajaan berlembut sangat dengan bintang2 tu.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.