HOT : TONY PUA HINA TUN MAHATHIR.. ORAN TUA NYANYUK..


Ketua Publisiti DAP, Tony Pua hari ini dengan nada sombong menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai nyanyuk dan tidak relevan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas kenyataan negarawan tersebut dalam sebuah akhbar semalam yang menyifatkan memberi undi kepada pakatan pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam.

"Saya tidak ingin melibatkan Perdana Menteri lalu kerana dia tidak lagi relevan dalam politik kini tetapi kata-kata yang dibuat Tun Dr. Mahathir itu adalah kata-kata yang saya rasa seorang yang telah nyanyuk," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu menegaskan Soros menggunakan wang untuk meletakkan calon pilihannya bagi memerintah negara-negara yang disasarkan sebagaimana yang dilakukan melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah di Georgia.

Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa menerima sumbangan daripada Open Society Institute dan turut dipersoalkan adalah pembiayaan Soros terhadap Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang.

Pua bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan pakatan pembangkang dengan penyangak mata wang Yahudi itu dan beliau turut memberitahu pembangkang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin ke atas (kekejaman) rejim Zionis.

Dalam sidang akhbar itu, Pua juga mempersoalkan usaha Dr. Mahathir sebelum ini yang menyarankan Soros menyokong Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dalam kempen menjadikan Perang Adalah Jenayah.

"Beliau (Mahathir) hanya mencemarkan nama baik dia sendiri, apa yang masih tertinggal dan mengurangkan persepsi baik antara kalangan orang ramai terhadap beliau di dalam tahun-tahun terakhir ini," katanya.

HOT : TONY PUA HINA TUN MAHATHIR.. ORAN TUA NYANYUK.. HOT : TONY PUA HINA TUN MAHATHIR.. ORAN TUA NYANYUK.. Reviewed by Empayar Pemuda on 12:05 PM Rating: 5

1 comment:

  1. kurang ajar...babi sial cina ni..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.