HOT : TOLONG JANGAN TUDUH NIK AZIZ MAKAN GAJI BUTA...NANTI TAK MASUK SYURGA...??



Pas Kelantan masih memerlukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui Kerajaan Negeri terutama dalam pilihan raya biarpun wujud tanggapan beliau sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

“Kami yang minta Tok Guru (Gelaran kepada Nik Abdul Aziz) untuk terus berkhidmat walaupun sudah  beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau meluangkan masa selama tiga jam melawat Kampus Limkokwing Akademik Kelantan di sini, yang turut dihadiri oleh Ketua Akademiknya, Dr Zainal Abidin.

Katanya mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang seolah-olah bermati-matian mahukan Nik Abdul Aziz berundur, Mohd Amar menjelaskan hanya Pas yang lebih tahu siapa yang layak untuk memastikan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

“Biar kami (orang Pas) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut.

“Pengekalan Tok Guru juga tiada kaitan dengan masalah dalaman tetapi kami sendiri mahukan beliau,” katanya.

Sementara itu, menjawab tuduhan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai makan gaji buta, Mohd Amar menafikan dakwaan itu sebaliknya beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua sebaiknya.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentadbir berkesan kerana keadaan yang uzur.

Mohd Amar berkata, sebagai menteri besar tanggungjawabnya hanyalah memberikan idea dan arahan manakala yang melaksanakan serta melakukannya adalah kerja exco.

“Jadi di sini tiada istilah makan gaji buta dan walaupun beliau uzur tetapi pemikiran dan pendapatnya masih diperlukan,” katanya.

** Nasihat EP..sokonglah Nik Aziz untuk kekal menjadi MB Kelantan walaupun kita tahu dia tak mampu untuk laksanakan tanggungjawab itu...sebabnya Nik Aziz pernah berfatwa kalau  “Menentang kepimpinan PAS, adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994..nanti tak boleh cium bau syooorga woo..


HOT : TOLONG JANGAN TUDUH NIK AZIZ MAKAN GAJI BUTA...NANTI TAK MASUK SYURGA...?? HOT : TOLONG JANGAN TUDUH NIK AZIZ MAKAN GAJI BUTA...NANTI TAK MASUK SYURGA...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:32 AM Rating: 5

3 comments:

  1. sokong najib masuk syurga ke..?hahaha

    ReplyDelete
  2. Bukan ke tiket masuk syurga, tok guru yg issuekan?

    ReplyDelete
  3. apalah bongoknya kau ni... tentang kepimpinan nik aziz bukan bermasud sokong najib. Ini reason tahap mentaliti orang yang lemah gaban... Ini hal dalam kain pas aja.. ada orang pas pun dah tak suka ke dia.....

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.