Friday, October 12, 2012


Pas mengulangi pendirian menolak ajakan berterusan Umno mahu menjalin kerjasama sambil menyifatkan pelawaan itu bukan kerana perpaduan ummah, sebaliknya hanya bermotifkan politik semata-mata.

Sehubungan itu Pas menegaskan pihaknya tidak akan "melayan mereka", meskipun Umno kelihatan mengulangi pelawaan pihaknya sejak 2008.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak akan wujud kerjasama antara Pas dan Umno walaupun atas dasar perpaduan ummah kerana baginya isu perpaduan dalam konteks negara sengaja ditimbulkan tetapi ia bukan tujuan utama.

“Kami tidak akan kerjasama dengan Umno. Mereka (Umno) hanya guna isu perpaduan dalam negara tetapi realitinya, perpaduan yang dibangkitkan itu hanya menjurus kepada kepentingan politik semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian..

**bukan UMNO yang tak ikhlas.. tapi PAS yang masih sayang dengan DAP..UMNO dah hulur tangan tapi PAS pula yang banyak cekadak..syarat itu lah syarat ini lah...jadi siapa yang tak mahu Islam bersatu?? fikir-fikirkan

mungkin jawatan atau habuan yang dijanjikan ole DAP pada pemimpin PAS tidak sehebat yang mampu diberikan oleh UMNO...

3 comments:

Anonymous said...

BUAT HUBUNGAN DEGAN DAP TU IKLAS ATAU NAKAN KUASA DIPUTRAJAYA.

merbah desa sgt said...

kalau umno tak ikhlas mewujudkan kerajaan perpaduan dah lama ahli umno,mca dan mic berperang.

Anonymous said...

Tuan Ibrahim Tuan Man ni sorang lagi cakap ikut sedap aja dah tak dapat berfikir dengan semporna (waras) terlalu memikirkan Putrajaya . Aku dulu cukup hormat dia tapi sekarang ini bila banyak sangat cakap politik dah rasa meluat pula.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.