Tuesday, October 9, 2012



PAS semakin lama semakin hanyut diulit mimpi-mimpi memengang kuasa yang dijanjikan oleh DAP..Walau apa pun yang terjadi..DAP akan pastikan orang Islam di Malaysia sentiasa akan bertelagah diantara satu sama lain bagi memastikan kuasa majoriti berada di tangan mereka...

Kata-kata Ustaz Nasharuddin semasa menyampaikan ucapan di Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah sepatutnya dijadikan iktibar buat pemimpin UMNO dan PAS bagi memastikan survival orang Islam di Malaysia lebih terjamin di masa hadapan..

Walaupun terdapat percanggahan pendapat diantara pemimpin UMNO dan PAS..EP yakin perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik jika masing-masing dapat ketepikan ego dan duduk semeja berbincang demi kepentingan rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia...

Harus diingat..musuh utama UMNO dan PAS sebenarnya DAP dan bukannya sesama sendiri..

** EP nak tengok sama ada Nik Aziz atau mana-mana pemimpin PAS yang lain termakan tak kata-kata Lim Guan Eng yang menghasut Ustaz Nasha merupakan ejen UMNO..


Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.
"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini. 
Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.
"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?
"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.
Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.
Perikatan itu dibentuk selepas PRU12 empat tahun lalu.
Nasharudin tewas dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas tahun lalu.






2 comments:

Gagak Emas said...

biasa le orang melayu islam dah nak habis nafas baru masing2 nak ngajor ngucap macam cerita org bako mesjid dah tebako barule sebuk berjaga teringat peristiwa tahun 1988 jaga mesjid tak dibako

Gagak Emas said...

biasa le orang melayu islam dah nak habis nafas baru masing2 nak ngajor ngucap macam cerita org bako mesjid dah tebako barule sebuk berjaga teringat peristiwa tahun 1988 jaga mesjid tak dibako

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.