HOT : SYYYYY...PERKARA NI RAHSIA TAU..


DAP sejak dari awal penubuhannya lagi adalah sebuah parti yang memperjuangkan dasar perkauman yang cukup kuat dan sikap serta pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sehingga ke hari ini.

Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din, malah sikap kepimpinan DAP yang angkuh dan sombong juga semakin jelas terlihat semenjak parti tersebut berjaya menguasai kerajaan Pulau Pinang hari ini.

“Keangkuhan dan kesombongan, terutamanya pada sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, semakin jelas apabila mereka memegang tampuk kekuasaan. Jika tidak, masakan keluarnya kenyataan daripada Timbalan Ketua 1 Menteri Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng angkuh, sombong dan bagaikan tokong.

“Kenyataan tersebut bagi saya, mungkin satu kesedaran baru pada rakan-rakan orang Melayu di dalam Pakatan itu sendiri. Bagi saya, kenyataan ini cukup benar. Dan sekiranya mereka iaitu rakan-rakan bangsa Melayu kita sudah mulai sedar bahawa Lim Guan Eng itu adalah seorang yang cukup kuat dengan perkaumannya yang sempit, maka mereka perlu mengambil satu keputusan untuk kepentingan agama,bangsa dan negara,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Jelasnya, jika orang-orang Melayu yang bergerak di dalam Pakatan Pembangkang sudah tahu bahawa mereka tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan kepimpinannya yang berperangai seperti itu, maka satu keputusan haruslah dibuat demi kebaikan rakyat, khususnya rakyat di negeri Pulau Pinang.

“Kita masih ingat lagi, ketika mula memerintah Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya mahu jadi pembela bagi semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Tetapi ternyata apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lihat saja isu soal pembangunan rumah miskin di Pulau Pinang.

“Tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan DAP. Memandangkan sikap kerajaan Pulau Pinang itu, Pemuda BN telah menawarkan untuk membeli tanah bagi mewujudkan perumahan bagi rakyat miskin, namun kita boleh lihat sikap mereka yang cuba berdolak dalik.

“Jelas sekali bahawa mereka tidak berlaku jujur dan ikhlas dalam isu ini, sedangkan sebanyak dua ratus ribu ringgit telah dibayar sebagai pendahuluan pembelian tanah tersebut kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

Tambah beliau, ini merupakan satu contoh pendekatan politik yang jijik yang dimainkan oleh DAP.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak menyeru agar semua orang Melayu dan keseluruhan rakyat Malaysia sedar, siapa DAP dan apa matlamat perjuangan mereka. Sekiranya dibiarkan mereka terus berkuasa, maka kelak rakyat akan hidup dalam keadaan yang tidak selesa di negara ini.

“Hari ini, kita boleh lihat satu persatu kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran DAP terdedah. Kini wajah sebenar DAP pun sudah terserlah. Bahkan, apabila kita lihat kabinet bayangan, ternyata amalan kronisme dan nepotisme begitu kuat apabila anak beranak Lim Kit Siang bakal memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam kabinet, yang tidak pernah di dalam pentadbiran BN sebelum ini.

“Inilah satu perkara yang rakyat perlu sedar. Ia bukan perkara main-main dan berkisar tentang soal politik semata-mata. Perkara ini amat penting untuk rakyat membuat penilaian kerana ia boleh memudaratkan kemakmuran di negara ini,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga tidak menolak bahawa ahli-ahli Pas peringkat bawahan kini mula merasa tidak selesa dengan agenda penyatuan Pas dan DAP.

“Mereka juga tidak berapa suka dan seronok dengan perkembangan ini. Tapi saya faham, mereka mempunyai kekangan dalam untuk menyampaikan pandangan kepada kepimpinan atasan. Justeru itu, saya seru orang Melayu terutama ahli Pas, agar melihat agenda DAP dengan dada yang terbuka.

“Dan saya yakin, mereka sudah temui jawapannya. Namun memandangkan ada sebahagian dari kepimpinan Pas yang cuba menyembunyikan perkara ini, akhirnya ahli-ahli Pas terpaksa mengambil keputusan untuk berdiam diri,” katanya lagi.

Malah beliau juga yakin bahawa ahli Pas kini sedar, bahawa mereka kini berada di dalam keadaan yang amat tidak selesa dan kini berada di dalam satu situasi yang boleh menghancurkan segala nikmat yang ada.

“Saya yakin ahli-ahli Pas atau penyokong Pas akan membuat satu keputusan yang bijak dalam PRU 13 akan datang ini untuk menyatakan pendirian mereka. Dan rata-rata ahli Pas di peringkat bawahan, berdasarkan permerhatian saya tidak menyokong dan tidak setuju dengan gabungan Pas bersama DAP. Namun mereka tidak dapat bersuara hanya kerana satu dua orang di dalam kepimpinan Pas yang kuat membela DAP,” tegasnya. -MediaUMNO
HOT : SYYYYY...PERKARA NI RAHSIA TAU.. HOT : SYYYYY...PERKARA NI RAHSIA TAU.. Reviewed by Empayar Pemuda on 3:58 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.