Friday, October 19, 2012


Sengaja atau tidak sengaja? Itu persoalan utama apabila isu membabitkan 'babak seksi' pelakon Erin di atas katil dengan berkemban sehingga menampakkan tali baju dalamnya tersebar di akhbar. 

Ada yang kata pelakon cilik ini tidak serik-serik berhadapan dengan isu 'murahan' seperti ini. Atau apakah juga dia dengan sengaja mahu mencari publisiti murah untuk diri sendiri sehingga sanggup memuatkan gambar berkenaan dalam laman sosial sendiri? 

Apapun persepsi dan tanggapan, pelakon ini punya jawapan tersendiri. Kata Erin, dia punya sebab musabab yang wajar. "Saya bukanlah orang yang suka rakam foto di bilik tidur, kemudian muat naik untuk tatapan ramai. Saya masih ada perasaan malu," kata Erin Malek menjelaskan cerita sebenar tentang gambar instagram yang diletakkan di Twitternya baru-baru ini. 

Kata Erin, foto seksinya menggayakan gaun malam itu dirakam ketika dia sedang menunggu arahan daripada pengarah, Ahmad Idham Ahamd Nadzri untuk memulakan penggambaran filem Lari. "Gambar itu dirakam bukan dalam bilik tidur saya tapi di lokasi. 

Ramai orang berada di sekeliling saya ketika itu. Malah gaun malam yang saya pakai itu pun pakaian saya ketika memegang watak Ina...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.