Wednesday, October 17, 2012



Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta didakwa adalah satu penganiayaan terhadap orang Melayu di negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata tindakan itu juga ternyata menunjukkan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama golongan miskin dan tidak mempunyai rumah.

"Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa wang itu diperam (disimpan) sahaja tanpa digunakan untuk yang sepatutnya iaitu bina rumah mampu milik dan kos rendah kepada Bumiputera di Pulau Pinang. "Saya kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri (Lim)yang mengabaikan dan tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama orang Melayu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda)di sini, Rabu.

Beliau mengulas laporan media yang memetik Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang Mohd Nor Suhaili Jamali sebagai berkata Lim perlu memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan wang Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat.

Mohd Nor dilaporkan berkata wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan Bumiputera.

Azhar berkata kerajaan negeri boleh membina lebih 10,000 rumah mampu milik dan kos rendah dengan wang yang terdapat dalam akaun berkenaan tetapi tidak melakukannya.

Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September 2009 bertujuan mengakaunkan sumbangan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.

Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk Bumiputera.-BERNAMA

**Apa hasil yang Guan Eng dapat kalau dia bina rumah kos rendah untuk orang Melayu di Pulau Pinang...Lebih baik dia bina rumah mewah..orang Melayu dah tentu tak mampu nak beli...

Bagi Guan Eng jika lagi banyak cina duduk di Pulau Pinang...lagi banyaklah undi yang dia akan dapat...Maka lebih mudahlah dia nak kekalkan kuasa DAP di Pulau Pinang..

Sebab tu dia berani kata orang melayu bodoh dan dungu secara terbuka..Dah terang-terang dia tindas orang Melayu depan batang hidung...itu pun masih ramai lagi terhegeh-hegeh nak menyokong dia...






2 comments:

Anonymous said...

ramai kata RUMAH MEWAH Jika buat semua Cina termasuk yg sokong kerajaan BN pun mampu beli ..lepas tu dah bermewah mereka beraleh beli tiket UNDI DAP..lak...kita melayu gak tak sedar...aptment pun sikit boleh melayu cash beli....kesian nye kita kann..kannn...

Anonymous said...

kurang ajar punya cina ni..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.