Wednesday, October 10, 2012

Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai halangan untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri sekiranya mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.

Pensyarah Jabatan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Mohd Anuar Md Amin berkata, apabila mereka menjadi pentadbir, akta berkaitan pengurusan minyak yang sedia ada boleh ditukar.

Menurutnya, mereka berhasrat untuk menubuhkan syarikat baru untuk menguruskan minyak kerana ia sumber utama negara.

“Mereka mahu sumber kewangan menyebabkan mereka fokus kepada minyak kerana ia merupakan sumber kekayaan negara.

“Saya takut sekiranya syarikat yang ditubuhkan itu akan dikawal oleh pihak lain. Selama ini, banyak pihak mendakwa pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibantu oleh pihak luar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas di empat negeri itu sendiri iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Anuar bimbang sekiranya PR menjadi pentadbir negara kelak, pihak luar yang selama ini memberikan bantuan kepada PR dan sekutunya akan terlibat dan mengawal syarikat minyak dan gas yang ditubuhkan.

“Mereka memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia kerana tujuan tertentu. Contohnya, mereka mahukan minyak kerana ia dilihat berpotensi untuk memberikan keuntungan kepada mereka.

“Mereka bijak untuk membantu rakyat di negara ini yang terdesak untuk menjadi pemimpin dengan memberikan dana. Saya takut, jika dibiarkan negara kita akan dijajah kembali,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa PR mahu menubuhkan syarikat sendiri sedangkan sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada adalah sistem terbaik.

** Dunia dah iktiraf Petronas sebagai salah satu syarikat minyak yang terbaik di dunia...buat apa nak tubuh syarikat minyak dan gas yang baru?? melainkan pakatan haram mempunyai agenda lain...

Kesian pekerja-pekerja pertonas...jika pakatan haram ambil alih negara mereka akan menganggur....

4 comments:

Anonymous said...

bila ada banyak syarikat boleh le kroni jadi director dan dapat gaji buta, idea macam ni lebih kurang macam idea beli padi mahal kat thailand yang akhirnya menyebabkan negara akan bankrup

http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/thrice/Article/

Anonymous said...

Fuckatan kononnya teruja apabila bermimpi sekiranya mereka memimpin, tak payah buat banyak pembangunan cukup makan duit minyak petrol jer. Mereka tak belajar bagaimana syarikat minyak Pertamina Indonesia hampir bangkrap kerana habis duit untuk tampung pelbagai subsidi di negara tersebut.

PAS setakat boleh berbangga dengan dengan stesen minyak Buraq Oil yang tak semegah tu. Minyak pun ambil kat syarikat asing, setakat untung margin sikit kekadang tak untung. Takut bila dah perintah nanti habis harta Petronas milik bumiputera bertukar tangan.

Anonymous said...

tu la tandanya pemimpin PR tu bongok. tak blh pakai. Smua takde wawasan. akal pendek.

Anonymous said...

Kohilal PAS pun bangkrap. Ada hati nak tadbir syarikat minyak? pui! Modal air liur boleh la. Syarikat 'kedai kopi'. Nak buat lebuhraya tapi guna duit derma. muahahaha mmg berwawasan.

Macamana nak jadi kalau semua dlm PR kaki songlap!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.