Sunday, October 28, 2012


Sewaktu sidang media memperkenalkan dua model baharu Proton di Australia International Motor Show (AIMS) 2012 baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil telah mengesahkan bahawa model Preve dalam versi ‘hatchback’ akan diperkenalkan di pasaran Australia mulai awal 2014.

Melihat kepada kenyataan tersebut, Preve hatchback dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia paling lewat pada pertengahan tahun 2013. 

Ini bermakna versi prototaip model itu bakal dilihat di jalan raya tidak lama lagi. Namun belum dapat dipastikan sama ada Preve hatchback akan dibekalkan kotak gear manual untuk digandingkan bersama enjin CFE.

Menurut beberapa spekulasi awal sebelum ini, Proton telah membuat keputusan untuk tidak memperkenalkan Preve hatchback CFE versi manual atas alasan permintaan pasaran yang kurang untuk kereta jenis tersebut. 


Sebagai pembuat kereta, Proton perlu mengutamakan keuntungan berbanding mengeluarkan kereta dalam pasaran ‘niche’ yang sukar memberikan pulangan modal.

Walau apa pun spekulasi yang timbul, prototaip Preve hatchback antara model yang dinantikan-nantikan kemunculannya di jalan raya ketika ini. 

Jika bernasib baik, kita boleh melihat gambaran awal reka bentuk Preve hatchback dalam tempoh masa 2 atau 3 bulan lagi. Sehingga itu, adakah Proton Preve hatchback mempunyai reka bentuk sama seperti gambaran imej di atas?




* Kredit to theophiluschin.com


4 comments:

Anonymous said...

kereta proton jual dekat luar negara harga murah & kualiti baik, tapi jual dalam negara sendiri mahal & tiada kualiti.

Anonymous said...

anon 12.29 ko ni xhabis2 fitnah Proton dgn ayat2 20 tahun dulu. Beli dan pakai dulu Preve cmne.. jgn asyik kutuk je.

Anonymous said...

Betul aku pakai preve executive mmg puas hati n tkde maslah..dekat setahun pkai....tu la keje nak mengutuk je..

Anonymous said...

preve terbaik selepas DRB amik alih..byk vendor yg tk blhg pakai n vendor yg cam taik da dibatal kan contract nya....bgs la camtu..hahahaa..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.