Saturday, October 20, 2012


Wow...apa hal ni bila Mursyidul Am TIBAI minta Nik Aziz jangan berundur daripada jawatan Mursyidul Am parti itu...alasannya sebab Nik Aziz mempunyai lima kriteria istimewa yang tidak ada pada pemimpin PAS lain bagi mengetuai parti itu..

EP pada mulanya bengang juga dengan Mursyidul Am TIBAI ni..ye la yamai yang dok desak Nik Aziz ni letak jawatan, tiba-tiba si Zahid ni memandai je nak suruh Nik Aziz jangan berundur...

Tapi apakan daya...setelah membaca alasan yang diberikan ternyata apa yang diperkatakan oleh Zahid ada kebenarannya...Nik Aziz tak boleh letak jawatan dan perlu kekal menjadi Mursyidul Am PAS sampai mati.

Cuba fikir tengok..mana ada pemimpin PAS yang lain ada kriteria yang istimewa macam Nik Aziz...Ingat senang ke nak cari yang yang mengutamakan perasaan sendiri, berdendam serta sanggup membelakangkan perpaduan antara umat Islam di Malaysia...

Lagi, orang yang mahu menggantikan Nik Aziz mesti sanggup menjadi hamba Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dalam proses itu partinya sendiri akan hancur...

Seterusnya..mesti sanggup meneruskan ukhuwah dengan DAP dan mempertahankan DAP bermati-matian walaupun terpaksa mengadai perjuangan alas partinya.

Mesti sombong, riak, bongkak dan bangga diri.... Ye la..Nik Aziz kan kata tak ada orang yang layak untuk pegang jawatan mursyidul AM selain dia...

Dan akhir sekali, ciri yang paling hebat...pemimpin yang nak menggantikan Nik Aziz mesti bersedia menggadaikan partinya kepada sesiapa sahaja walaupun terpaksa berkawan dengan SYAITAN...

Hebatkan...mana nak cari pemimpin macam ni...memang susah..Sebab tu sampai sekarang Nik Aziz masih pegang jawatan Mursyidul Am PAS walaupun rumah dah kata pergi, kubur kata mariii...

Oleh kerana itu, Muesyidul Am TIBAI amat berharap supaya Nik Abdul Aziz kekal dan menemaninya sebagai Mursyidul Am pertubuhan masing-masing kerana Malaysia kini hanya ada dua Mursyidul Am, kalau dia berundur maka saya akan hilang kawan... Hahahahaha...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.