HOT : PENULIS BUKU SHIT KECEWA DENGAN NIK AZIZ..??



Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.
Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.
"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya kepada Bernama semalam.
Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.
DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan Pas.
Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.
Terdahulu itu, beliau menghadiri perasmian pameran 'Shahnon Ahmad dalam Media, Persidangan Kebangsaan Shahnon Ahmad dalam Sastera, Budaya, Media' dan pelancaran buku serta prototaip e-novel "Mahabbah" di Universiti Sains Malaysia di sini.
Menyentuh e-novel 'Mahabbah', Shahnon berkata, ia mengenai perjuangan seorang tua yang sudah tidak mempunyai kuasa tetapi ada hati yang kuat untuk menyatu padukan orang Melayu menerusi doanya kepada ALLAH.
Katanya e-novel itu turut melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tetapi bersatu walaupun masing-masing berpegang kepada cara tersendiri untuk hidup damai dan harmoni. - Bernama

HOT : PENULIS BUKU SHIT KECEWA DENGAN NIK AZIZ..?? HOT : PENULIS BUKU SHIT KECEWA DENGAN NIK AZIZ..?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:45 AM Rating: 5

3 comments:

  1. Menyentuh e-novel 'Mahabbah'nya, Shahnon Ahmad dilapurkan sebagai berkata ' ia mengenai perjuangan seorang tua yang sudah tidak mempunyai kuasa tetapi ada hati yang kuat untuk menyatupadukan orang Melayu menerusi doanya kepada ALLAH'.

    Saya sama sekali tidak bermaksud untuk mempertikaikan kata2 Shahnon Ahmad tetapi sekadar ingin melontarkan beberapa pertanyaan kepada beliau:

    1) Adakah 'SHIT' Shahnon yang terhasil ketika beliau masih 'berkuasa' dahulu merupakan salah satu cara 'menyatupadukan' orang Melayu?

    2) Ketika masih 'berkuasa' dahulu apa sumbangan besar Shahnon kearah penyaruan orang Melayu?

    3) Adakah setelah kehilangan 'kuasa' baru Shahnon 'tersedar' bahawa orang Melayu sudah tidak bersatu padu lagi?

    4) Adakah setelah nikmat 'berkuasa' sudah tidak ada dan dalam 'kesunyian' telah menyedarkan Shahnon dari mimpin lantas timbul ilham untuk menyatupadukan orang Melayu melalui doa kepada ALLAH?

    Hari ini dikhabarkan Shahnon Ahmad sedang menghidapi berbagai komplikasi penyakit yang menyebabkan beliau terpaksa berulang alik kehospital. Saya tidak tahu Hospital yang dikunjungi itu hospital kerajaan atau swasta. Soalnya siapa yang membiyai kos perubatan Shahnon Ahmad hari ini?

    Sebenarnya saya tertanya2 mengapa 'seoarng tua yang sudah tidak 'berkuasa' tiba2 muncul berbicara mengenai 'PERPADUAN MELAYU' sedangkan ketika masih ada 'kuasa' perkara itu tidak kedengaran. Hanya Allah SWT dan Shahnon Ahmad sendiri yang tahu. Wallahualam.

    mtk

    ReplyDelete
  2. Shahnon baru bangun dari tido ke? Kesian.

    ReplyDelete
  3. selama ni dia nak perjuangkan Islam. Harapkan PAS. Tapi PAS kecewakan dia. Tu pun susah nak faham ke? Spin habis nampak?

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.