HOT : NIK AZIZ SAHKAN DIA TAK GILA DAN OTAKNYA MASIH BOLEH PAKAI...



Nampaknya isu nak suruh Nik Aziz bersara semakin menjadi-jadi. Ramai di kalangan orang PAS sendiri semakin resah dengan keinginan Tok Guru mereka untuk kekal berkuasa walaupun mereka enggan mengakuinya kerana terlalu taksub dengan‘kewalian’ Tok Guru.

Apa yang EP nampak, ahli PAS sendiri malu dengan kedegilan Nik Aziz untuk memahami kehendak rakyat Kelantan yang sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinannya. Tapi sebab takut untuk berterus terang dan nak jaga hati orang ni, mereka terpaksa berdiam diri...

Lagipun Nik Aziz pernah berfatwa kalau  “Menentang kepimpinan PAS, adalah haram.”.. Oleh kerana fatwa ini juga yang membuatkan ahli PAS terpaksa mengikut kehendak orang tua ni...Bukan apa nanti tak dapat cium bau syurga...kerana menentang ulamak..

Bagi EP, Nik Aziz mula kelihatan seperti seorang yang gila kuasa kerana enggan berundur walaupun keadaan fizikat tidak mengizinkannya untuk terus memengang jawatan ini.. EP masih ingat dulu Nik Aziz pernah berkata sekiranya Tun M letak jawatan, beliau juga akan melepaskan semuanya jawatannya...Tapi sekarang apa dah jadi??

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sekarang, walapun ada desakan dari mana-mana pihak, kecuali Pas.
Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau hanya akan berbuat demikian (melepas jawatan MB) jika desakan itu datangnya dari Pas sendiri.
Katanya, sebagai ketua kerajaan dan Menteri Besar beliau boleh menyerahkan tanggungjawab mengurus dan mentadbir kerajaan kepada pegawai di bawah asalkan minda cergas.
"Setiap ketua ada orang di bawahnya, jadi kita boleh menyerahkan tanggungjawab menguruskan kerja-kerja (tadbir) kepada orang di bawah walaupun saya uzur fizikal.
"Sihat atau tidak inilah saya...nak lawan Umno bukan perlu ada pada tubuh sihat tapi perlu pada otak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan, di sini Selasa.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin minda dan otaknya masih cergas walaupun dari segi lahirnya kelihatan uzur atas faktor usia. Beliau ditanya mengenai pendapatnya berhubung desakan pemimpin parti politik yang mahu beliau melepaskan jawatan kerana masalah kesihatan.
"Saya tidak akan layan desakan daripada mana-mana pihak supaya saya lepaskan jawatan lebih-lebih lagi dari 'pemimpin buangan', kecuali dari parti (Pas)sendiri," katanya.... - BERNAMA
HOT : NIK AZIZ SAHKAN DIA TAK GILA DAN OTAKNYA MASIH BOLEH PAKAI... HOT : NIK AZIZ SAHKAN DIA TAK GILA DAN OTAKNYA MASIH BOLEH PAKAI... Reviewed by Empayar Pemuda on 6:14 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.