HOT : NIK AZIZ MAHU HASAN ALI DAN USTAZ NASHA DIBUANG PARTI??



Hahahaha...makin sukar dan pening kepala la puak-puak Anwarinas nak melaksanakan hasrat dan rancangan Anwar didalam PAS selagi orang-orang macam Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha berada didalam PAS...Nak pecat takut ahli PAS marah..tapi kalau dibiarkan mereka menjadi ahli PAS, mereka ni akan menjadi racun buat puak-puak Anwarinas..
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.
"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, Selasa.
Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.
"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.
Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.
Beliau berkata ramai golongan ulama semakin di perkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.
"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PASakan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan PresidenPAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya. BERNAMA
HOT : NIK AZIZ MAHU HASAN ALI DAN USTAZ NASHA DIBUANG PARTI?? HOT : NIK AZIZ MAHU HASAN ALI DAN USTAZ NASHA DIBUANG PARTI?? Reviewed by Empayar Pemuda on 6:56 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.