Friday, October 12, 2012


Hebat..menang hebat gula-gula yang dijanjikan oleh DAP pada Nik Aziz...Nik Aziz sanggup menyalahkan ahlinya sendiri semata-mata nak pertahankan DAP...

Betul ke selama ini DAP tak pernah kacau perjuangan PAS?? Mungkin Nik Aziz lupa kot atau buat-buat lupa?? Habis tu yang selama ini Karpal, Lim Guan Eng dan Kit Siang menghalang PAS daripada melaksanakan hudud tu bukan kacau perjuangan PAS ke.. sampai keluar ayat maut la nak halang PAS daripada melaksanakan hudud..."langkah mayat saya dulu"?? Oppss...lupa pula..itu hanya pandangan peribadi mereka?? Bukan pandangan DAP..

Nik Aziz dah lupa ke..dulu perjuangan PAS nak menubuhkan negara Islam..tapi sekarang dah tukar...Islam tak sesuai...kena pakai negara kebajikan...Bukan itu saja...DAP juga telah menyebabkan pemimpin PAS bertelagah sesama sendiri...itu tak kacau lagi ke??

Satu ketika dulu Nik Aziz pernah keluarkan Fatwa kata ahli UMNO kafir sebab berkerjasama dengan kafir..tapi sekarang apa dah jadi..Nampaknya di mata Nik Aziz..DAP lebih Islam dari orang Islam sendiri...hanya kerana tamakkan kuasa..


Inilah terjadi bila ada pemimpin Islam yang sanggup melacurkan agama suci Allah demi kepentingan politik mereka...Dulu ludah merata-rata salahkan orang lain..kafir lah, tak Islam lah dan macam-macam lagi tapi sekarang dia sendiri jilat balik apa yang diludahnya dulu..

Mudah mudahan kita semua diberi hidayah dan petunjuk dari Allah agar tidak terpedaya dengan para syaitan yang bertopeng kan manusia..utk menyesatkan umat islam..



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP. 
Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).  
“Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.
“Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah,” katanya. 
Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP. 
Dalam masa yang sama, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa beberapa kali mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa terdapat pemimpin Dap menolak Islam. 
Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas akan terus bekerjasama dengan DAP, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hairan mengapa orang sebut kemenangan Pas ketika ini disebabkan menumpang DAP. 
“Saya rasa pelik ada orang sebut kemenangan kita sekarang ini menumpang DAP. Saya mahu tanya balik bila kemenangan tidak menumpang. Malah sewaktu zaman Rasulullah SAW sampai Madinah, beliau ada buat perjanjian dengan kaum Yahudi. 
“Jadi tidak ada kemenangan yang tidak menumpang orang lain. Lebih-lebih lagi sekarang kita guna sistem pilihan raya nak undi Cina, nak undi India,” katanya.

6 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Bila fatwa dikeluarkan oleh seorang yang benar-benar arif billah maka ianya sebagai pelita yang menunjuk jalan kepada semua orang, tapi bila fatwa dikeluarkan oleh Ulama sud maka kemusnahan dan fitnah akan timbul ....walahualam....

Anonymous said...

NIK AZIZ NI KAN DAH TUA...OTAK DAH X BERFUNGSI DAH..DIA X BOLIH FIKIR DAH...TAPI NK PEGANG JAWATAN SAMPAI KEMATI...X ADE SUMBANGAN APA2 PUN DIA KEPADA NEGERINYA..APATAH LAGI NEGARA...DIA X SAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR YANG SENTIASA TAJAM PEMIKIRANYA, IBARAT LANGIT DENGAN BUMI...DR MAHATHIR SENTIASA MEMERAH OTAK UNTUK KEBAIKAN NEGARA TERCINTA INI..TAPI NIK AJIS....HAH...FIKIRLAH SENDIRI.....

Anonymous said...

kambing tua ni da da nyanyok

Anonymous said...

memang dilahirkan sebagai penjual agama!biar aku jadi MB,melayu islam tergadai pun xpe,betul x poooookkkok Nikkkk....Sama matlamat macam ayah pin,janji nafsu terlaksana!
yang bodooooo pengikut.

Anonymous said...

Nik Aziz dah berumur 82 tahun.. masuk kategori nyayuk...semua yg DAP buat baik baginya...NIK AZIZ berceramah kosong bolehlah... tindakan habuk pun tarak...memang dia nak jadi MB sampai mati..hingga hujung nyawa..

Anonymous said...

Kalau Nik Ajis dah sanggup terima pertolongan syaitan, memang wajarlah PAS itu di label sebagai P=Parti
A=Amalan
S=Syaitan

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.