HOT : NEELOFA RASA TERTEKAN BILA BERCINTA DENGAN HANS ISAAC??

Kesian Neelofa...ekoran pengakuan Hans Isaac mengenai hubungannya dengan Neelofa baru-baru ini, hari ini Neelofa mengakui dia cukup tertekan dengan kisah hubungannya dengan pelakon senior Hans Isaac, yang semakin hangat diperkatakan media.



Neelofa turut memberitahu, bagi mengelakkan sebarang tekanan, dia tidak mahu membuat sebarang ulasan mengenai status hubungannya dengan Hans Isaac  buat masa sekarang.
“Kenyataan Hans yang mengatakan kami sedang berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas diri saya. Sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham” katanya.
Ketika ditanya apakah benar hubungannya dengan Hans sudah ke tahap semakin serius, Lofa bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan.
“Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dia jawab, sebab dia di pihak lelaki,” katanya.
** EP rasa tak sesuai la... apa pandangan anda??
HOT : NEELOFA RASA TERTEKAN BILA BERCINTA DENGAN HANS ISAAC?? HOT : NEELOFA RASA TERTEKAN BILA BERCINTA DENGAN HANS ISAAC?? Reviewed by Empayar Pemuda on 9:54 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Jika Hans Isaac memeluk ugama Islam kerana yakin akan kebenarannya, Alhamdulillah. Tetapi jika dia memeluk Islam semata-mata kerana nak kahwin, lebih baik Neelofa cari jodoh dengan saudara seIslam sebab takut-takut tidak dapat membimbing seorang mualaf kerana diri sendiri pun cetek dengan ilmu tentang Islam.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.