Thursday, October 11, 2012




Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin menggesa DAP menafikan penglibatan dan campur tangan paderi asing, yang turut menyalurkan dana bagi aktiviti politik mereka.

Menurutnya, paderi asing yang berasal dari Afrika Selatan dan United Kingdom memberi dana kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menewaskan Umno.

Katanya, "saya mempunyai bukti, dan saya dedahkan campur tangan asing yang wujud dalam negara kita tentang penglibatan paderi dan pastor asing.

"Dalam laporan yang saya peroleh itu, menyatakan paderi asing ini memberi dana kepada DAP dan PR untuk kalahkan Umno dan  di majlis kesyukuran di Hotel Red Rock di Pulau Pinang pada Mei tahun lalu serta didedahkan oleh ahli DAP sendiri.

"Jadi saya minta DAP nafikanlah supaya tindakan susulan diambil," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen, di sini.

Kelmarin, satu portal media tempatan melaporkan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian."

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Sehubungan itu, semalam, DAP menggesa Nasharudin memohon maaf atas dakwaannya yang mempunyai niat jahat serta perkara yang dikatakannya tidak berasas.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran tersebut untuk menyatakan kesyukuran dan laporan akan dibuat atas tuduhan yang tak berasas itu.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, perkara ini serius dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

Tambahnya, beliau juga sanggup bekerjasam dengan pihak berkuasa sekiranya mereka memerlukan khidmatnya untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.

"Kes ini serius, saya harap kerajaan ambil tindakan dan siasat segera, saya tak berani dedahkan kalau saya tak ada dokumen dan bukti seperti gambar serta rakaman pun ada.

"Dalam majlis itu, terdapat 30 orang paderi dalam (tempatan) dan pastor luar.

"Kalau mereka perlukan saya untuk membantu siasatan, saya akan memberi kerjasama dan tidak takut dengan pendedahan perkara itu," katanya lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera kepada semua saudara2 muslim ku. Kenapa kita perlu risau sangat pada doa orang2 Kristian itu. Mereka hanya berdoa, yang perkenan dan memakbulkan ialah Allah. Mereka Cuma doa, bukan buat riot pun untuk mintak negara ini menjadi Kristian. Dari sudut rasionalnya pula, orang Cina pun kalau diberi peluang doa, dia nak doa supaya negara ini menjadi negara Budha, orang India pun kalau di beri peluang berdoa, dia akan doa supaya negara ini menjadi negara Hindu. Adalah mustahil untuk kita expect mereka akan berdoa agar negara ini menjadi negara Islam, betul tak? Kalau kita mengharapkan sebegitu, kita kenalah kembangkan syiar Islam dahulu dan berjaya membawa mereka ke jalan Islam, barulah permintaan doa yang sama objektifnya akan wujud. Tetapi masalahnya berkembang ke syiar Islam kita di Malaysia? Saya tak nak beri jawapan sbb pembaca boleh menilai sendiri mana satu yang lebih subur perkembangannya, budaya Islamkah atau atau budaya baratkah? Perempuan Melayu even samada yang masih belajar di IPTA atau yang telah bekerja telah tiada perasaan bersalah dan malu untuk merokok di kedai2 minum, itu budaya mana? Islamkah? Remaja/artis/ahli sukan Islam yang belum berkahwin pergi bercuti di Pulau2 Peranginan dan siap masuk berita lagi, itu budaya mana? Islamkah? Itu contoh sebahagian sahaja. Yang pasti masyarakat semakin tidak mengambil peduli dah pada perkara2 sebegini. Kesimpulannya dlm isu doa2 ni, yang paling utama ialah doa kita kepada Allah. Bukannya risaukan doa2 dari mereka2 yang beragama lain itu. Yakinlah dengan doa kita yang secara direct kepada Allah dan bukan yakin/takut dengan doa orang2 kufar itu…

Anonymous said...

Hello, I enjoy reading all of your article post. I like
to write a little comment to support you.

my blog post location voiture casablanca

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.