HOT : KERANA DENDAM LAMA, KARPAL CUBA UNTUK MALUKAN PKR SELANGOR..



Hahahaha..menarik ni..Karpal bagi warning pada Pakatan Rakyat Selangor.. Macam tak percaya je EP..Apasal?? Takut peristiwa Kampung Buah Pala berulang di Batu Caves ke??

EP pasti ramai rakyat Malaysia tidak lupa peristiwa Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pada tahun 2009 dulu yang cukup merobek hati ramai kalangan kita gara-gara kegagalan Anwar untuk menunaikan janjinya pada masyarakat India di kampung tersebut...

Saksikan video ini..Lihat bagaimana pemimpin pakatan haram menjanjikan bulan dan bintang pada penduduk Kampung Buah Pala iaitu Kampung Warisan bagi orang India sejak beratus tahun dahulu..

Tetapi setelah DAP menang di Pulau Pinang..jangan katakan bulan dan bintang yang dijanjikan...Harimau Bukit Gelugor pun lari masuk kandang bersembunyi daripada bertemu dengan penduduk Kampung Buah Pala kerana janji-janji Anwar..

Akhirnya Kampung warisan India yang tertua di Pulau Pinang yang kononnya akan dikekal buat selama-lamanya lenyap begitu saya angkara janji tidak ditepati dan Karpal selaku Ahli Parlimen Bukit Gelugor malu kerana tidak dapat menunaikan janji yang dibuat Anwar dan membela nasib rakyat Bukit Gelugor..

Bukan setakat itu..pemimpin DAP dan PKR siap boleh menyalahkan sesama sendiri untuk melepaskan diri masing-masing...
PULAU PINANG 11 Julai - Bukan DAP tetapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji untuk menyelesaikan kemelut tanah di Kampung Buah Pala.
Itu penjelasan Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri, R.S.N Rayer berhubung isu berkenaan apabila Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj berterusan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Katanya, DAP memang ada membuat janji menyelamatkan Kampung Buah Pala pada pilihan raya umum tahun lalu, namun pihak pertama yang berbuat demikian adalah Anwar sendiri.
''Kenyataannya kebelakangan ini seolah- olah menghentam pakatan pembangkang tetapi beliau harus faham bahawa salah seorang pemimpin dan antara yang pertama pergi ke situ menabur janji untuk cuba selamatkan kampung tersebut adalah Anwar,'' ujarnya.

Mungkin disebabkan rasa bersalah kerana telah bersubahat dengan Anwar menipu penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini...Karpal mula bersuara dan bertindak untuk menghentikan projek kondominium 29 tingkat berhampiran Batu Caves walaupun terpaksa berhadapan dengan PKR Selangor.. kononnya nak menebus kesalahan lamanya..
Adakah Karpal cuba untuk membalas dendam terhadap PKR berikutan peristiwa Kampung Buah Pala kerana Anwar yang gatal tabur janji, tak pasal-pasal Karpal dan DAP dapat malu kerana tak menunaikan janji...

Pengerusi DAP Karpal Singh turut bersuara bersama-sama ahli politik menggesa kerajaan Selangor menghentikan kontroversi projek kondominium 29 tingkat berhampiran Batu Caves.
Beliau berkata permainan menyalahkan satu sama lain sama ada Barisan Nasional atau kerajaan negeri, Pakatan Rakyat yang mesti bertanggungjawab perlu dihentikan.
Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) berkata beliau menyokong penuh kenyataan Pengerusi Jawatankuasa kuil Batu Caves Datuk R. Nadarajah Datuk bahawa perkara itu akan dibawa ke mahkamah jika tiada tanda ia akan dihentikan dalam tempoh sebulan.
"Sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah, saya akan menawarkan perkhidmatan pro bono untuk memastikan kejayaan kehakiman memihak kepada jawatankuasa kuil. Biarlah ia difahami dengan jelas," katanya dalam satu kenyataan Selasa.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Batu Caves akan menghadapi risiko jika projek kondominium diteruskan.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam Selangor Lim Teck Wyn berkata projek itu akan mempercepatkan proses hakisan semulajadi bongkah batu kapur.
Karpal berkata batu kapur yang membentuk Batu Caves berusia sekitar 400 juta tahun itu sendiri menjadikan ia satu aset yang tidak ternilai yang harus dipelihara.
"Sambutan perayaan Thaipusam sejak tahun 1892 setiap tahun bukan sahaja menarik penduduk tempatan tetapi warga asing. Satu warisan yang terkenal di seluruh dunia tidak harus dibenarkan untuk dikorbankan untuk pembangunan material," katanya.
HOT : KERANA DENDAM LAMA, KARPAL CUBA UNTUK MALUKAN PKR SELANGOR.. HOT : KERANA DENDAM LAMA, KARPAL CUBA UNTUK MALUKAN PKR SELANGOR.. Reviewed by Empayar Pemuda on 8:12 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.