HOT : KAHWIN 11 KALI SEBAB TAK JUMPA LAGI ISTERI YANG DIRESTUI PAS...



Video di bawah adalah temubual eksklusif dengan 'Ustaz Kasanova' yang menghangatkan berita tempatan dengan pelbagai bentuk penipuan... 

Kononnya belum jumpa isteri yang solehah? Alasan yang sungguh melucukan..Harap penampilan je baik..tapi perangai mengalahkan setan...


“Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam. 

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.


** Orang kuat PAS rupanya mamat ni..jadi tak hairan la kalau dia sanggup menggunakan agama untuk melakukan kerja gila dia ni...

 
HOT : KAHWIN 11 KALI SEBAB TAK JUMPA LAGI ISTERI YANG DIRESTUI PAS... HOT : KAHWIN 11 KALI SEBAB TAK JUMPA LAGI ISTERI YANG DIRESTUI PAS... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:09 AM Rating: 5

2 comments:

  1. Ustaz ni kalau nasihat org pandai sgt. Selidik /kenal dululah bakal isteri last2 dia sendiri fail. Ustaz b...t

    ReplyDelete
  2. kalau ada 1/2 juta berperangai macam ni, bayangkan berapa ramai janda dimalaysia ni?

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.