HOT : INILAH RAHSIA KEHEBATAN LELAKI YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM....


Di depan lebai-lebai pondok, ustaz-ustaz dan ulama-ulama berjiwa kerdil, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dianggap sebagai seorang ‘pejuang Islam nombor wahid’ yang mengatasi kemampuan intelek mereka.

Dalam khalayak bukan Melayu, dia dikatakan akan menyuarakan hak dan kebebasan mereka sebagai warganegara dan berjanji akan memperjuangkan nasib mereka.

Boleh dikatakan Anwar akan menabur janji, aneka ragam dan aneka warna menurut siapa yang menjadi para penontonnya.

Apabila pergi ke depan orang Melayu, maka dialah ‘paling Melayu" dan habis di‘silat‘nya bangsa lain. Di depan orang Cina pula, dialah ‘Fong Sai Yuk’ Malaysia yang berjuang demi bangsa Cina di Malaysia dan habis di‘kungfu‘nya bangsa lain, terutamanya Melayu. Dan apabila tiba di depan bangsa India pula, dialah ‘hero tamil’ paling hebat yang memperjuangkan bangsa India di Malaysia dan habis di‘silambam‘nya orang lain.

Ketika Anwar aktif bersama Abim dahulu, dia dijangka menyertai Pas. Apabila masuk UMNO atas undangan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia dikatakan ‘memujuk’ rakan-rakannya dalam Abim dan Pas dengan mengatakan kemasukannya ke dalam UMNO adalah untuk ‘memutihkan’. Kepada UMNO pula, Anwar menyatakan bahawa dia memasuki UMNO adalah kerana percaya pada perjuangan UMNO yang memartabatkan Islam, Melayu dan Malaysia.

Pas dan DAP sudah lama berjuang sebagai pembangkang tetapi sehingga sekarang tidak pula mampu menumbangkan kerajaan BN.

Anwar dikatakan harus bersikap toleransi dengan Pas kerana ada sahabat-sahabat karibnya dalam parti itu yang boleh membantu melonjakkan dia sebagai bakal Perdana Menteri kelak.

Malah Pas juga dikatakan menjadi modal politiknya sekiranya juak-juaknya menguasai parti itu dan mempengaruhi percaturan politik Melayu dan Islam pada masa akan datang.

Namun, ini semua terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin dan pengikut Pas dan DAP menilai kredibiliti Anwar. Yang penting rakyat keseluruhannya tidak boleh telan bulat-bulat kerana dia sudah berjanji macam-macam? 

....SAMBUNG DALAM PAPER UTUSAN...HEHEHE

** Cuba tengok bertapa rakusnya Anwar nak jadi Perdana Menteri...Satu dunia dia canang bahawa dia akan jadi Perdana Menteri pada 16 September...Tengok apa yang telah jadi...Bukan kata pengikutnya saja...habis rakyat satu dunia kena tipu...Itu belum lagi cerita video seksnya, cerita hubungannya dengan Zionis,....


HOT : INILAH RAHSIA KEHEBATAN LELAKI YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM.... HOT : INILAH RAHSIA KEHEBATAN LELAKI YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM.... Reviewed by Empayar Pemuda on 4:19 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.