HOT : GURU WANITA KANTOI BERASMARA DENGAN PELAJAR BERUSIA 15 TAHUN...


Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun di sini semalam kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan di sini semalam.
Akhbar Straits Times melaporkan, guru berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak mula menjalin hubungan dengan pelajar itu pada tahun lalu.
Menurut laporan akhbar tersebut, hubungan itu bermula selepas guru tersebut mengendalikan sesi kaunseling pelajar berkenaan.
Nama guru dan pelajar itu tidak didedahkan bagi melindungi mereka.
Mahkamah diberitahu bahawa wanita terbabit 'memikat' pelajar tersebut dengan beberapa hadiah termasuk sebuah buku terkenal yang berjudul Eat, Pray, Love.
Buku itu pernah dijadikan filem yang menampilkan pelakon terkenal, Julia Roberts pada 2010.
Ia mengisahkan tentang seorang wanita Amerika Syarikat yang sudah bercerai.
Pelajar dan guru itu menjalin hubungan lebih sebulan dan mereka pernah melakukan hubungan seks di rumah guru terbabit.
Bagaimanapun, hubungan berkenaan diketahui oleh ibu bapa pelajar itu sekali gus menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak sekolah. - AFP
** Nasib baik la cikgu-cikgu di Malaysia ni baik-baik belaka..Tak buat pekara-pekara yang tak senonoh macam ni...Mereka tahu akan tanggungjawab mereka sebagai seorang penyebar ilmu yang diamanahkan oleh ibubapa untuk mendidik dan membimbing anak didiknya agar berkeupayaan menjadi seorang manusia yang berjaya di masa hadapan...TQ Teacher..
HOT : GURU WANITA KANTOI BERASMARA DENGAN PELAJAR BERUSIA 15 TAHUN... HOT : GURU WANITA KANTOI BERASMARA DENGAN PELAJAR BERUSIA 15 TAHUN... Reviewed by Empayar Pemuda on 11:59 PM Rating: 5

1 comment:

Popular

Powered by Blogger.